Tuesday 21 January 2014

Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid

Ramlee Awang Murshid.

Nama yang tak asing dalam dunia penulisan novel di Malaysia terutama dalam genre thriller (yeke?aku rasalah.haha). Aku suka baca novel-novel dia. Walaupun pada pandangan aku, ada sesetengah jalan ceritanya yang sedikit sebanyak ada pengaruh dari filem/novel Hollywood, namun ianya tetap best untuk dibaca.

Buku dia yang pertama aku baca tajuknya Ranggau. Mula-mula pinjam member punya je. Lepas tu baru start beli sendiri. ADAM, Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Mikhail, 9 Nyawa, Cinta Sufi, Rayyan Fantasi dan Sutera Bidadari antara koleksi yang aku ada.

Ada yang aku pinjam dari perpustakaan. Ada yang masih belum dibaca. Yang terakhir aku baca Sutera Bidadari. Selepas tu dah lama tak beli/baca. Fiksyen 302, Sunan Musafir, Aku Bercerita dan juga Magis tak sempat nak beli plak. Pastu dengar kata ada novel baru nak keluar lagi. Tajuknya Sunan – Nanggroe Sang Kembara. Katanya sang penglipurlara yang bercerita, ini adalah prekuel sebermula Saifuddin meninggalkan kampung halaman, sebelum Saifuddin bergelar Laksamana Sunan.



-------------------------------------------------sinopsis--------------------------------------------------

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam berbanding seni persilatan.

Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk. Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Menjadi di antara kalangan pemuda yang taat berjemaah di musollah. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Juga menjadi pemberi minum di kalangan anak-anak murid guru persilatan terhebat itu. Hatta, sering menjadi mangsa buli Djailuh dan Sadik di gelanggang persilatan. 

Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman yang menyusup ke bumi Aceh dengan satu tujuan - Wali Sufi untuk menghancurkan keampuhan Aceh daripada serangan Kerajaan Pulau Utara yang sering kecundang di dalam kancah peperangan. Namun Ratna gagal melakukannya. Justeru, anak asuhan Maharani itu menyasarkan Saifudin. Membunuh Saifudin dipercayai bakal membunuh semangat juang Wali Sufi. 

Rombongan kerajaan Pagar Ruyong tiba di Aceh. Engku Aminah, anak kerabat yang rupawan menjadi perhatian anak-anak muda negeri ini. Namun Engku Aminah memilih Saifudin kerana tertarik dengan akhlak terpuji pemuda itu. Bunga cinta mulai tumbuh subur. Engku Aminah mulai menyedari rasa kasihnya pada Saifudin biarpun dalam tempoh yang singkat. Namun Ratna muncul menjadi batu penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya. 

RAMLEE AWANG MURSHID menerapkan unsur cinta dalam karyanya kali ini. Cinta yang terkawal peradabannya. Cinta bersifat fitrah. Jarang sekali rasa cinta itu muncul bermula dari kebencian. Namun itulah yang berlaku. Cinta tiga segi antara Saifudin, Engku Aminah dan Ratna Sang Ratu Sulaman. Cinta yang wujud dari peperangan, kemarahan dan dendam. Penuh aksi mendebarkan. Digelumangi magis dan kesaktian. Pelayaran dan pengembaraan yang terasa menggugah rasa hati.

-----------------------------------------tamat-sinopsis--------------------------------------------------


21 Januari 2014
Dalam Bilik
Takde Lagu 

2 comments:

  1. salam. sy suka novel beliau..angkara saka :)

    ReplyDelete
  2. ~ Ok a good blog..nice..blogwalking
    http://asalmasukduit.blogspot.com/#

    ReplyDelete