Tuesday 29 April 2014

Nikon D90 Tangan Kedua

Aku ingat tahun ni nak beli DSLR sebijik tapi bajet tak cukup sebab nak beli laptop memandangkan laptop lebih memenuhi keperluan aku nak buat keroje. DSLR pulak lebih kepada kemahuan sebab dah boring pakai kamera handfon so nak explore lebih lagi la.

Aku minat ngan Nikon D90. Nak beli yang baru agak mahal. Dalam website Nikon Malaysia, harganya sekali ngan lens 18-105mm lebih kurang rm3k lebih. Pegi usha kat lowyat pulak dapat la bawah rm3k, sekali ngan lens yang sama, memory card, tripod, dan beberapa aksesori lain. Still mahal jugak sebab bajet aku dah lari. Haha. So ingat nak cari yang second hand.


Minggu lepas usha punya usha terjumpa satu orang ni nak jual D90 second.hand. Dekat Facebook. Reason nak jual sebab jarang guna.

Body + lens + memory card 8gb dan 32 gb + backpack total dia kasi RM1600. Ini dah kira bagus ni walaupun takde waranti. Still boleh nego.

Aku mesej by whatsapp jer. Lagipun memamg dia prefer communicate by whatsapp jer.

"Bro tadi ada nampak posting nak juai D90? ada lagi ka? ke dah ada buyer?"
- ada lagi (dia reply)

"Condition camne? button sumer ok lagi tak? beli tahun bila kamera ni? Shutter count berapa? COD area mana available?"

Saja kasik banyak terus soalan, mudah dia nak jawab sekaligus. Aku kira semua soklan tu dia boleh jawab dengan mudah. Soalan basic je. Sampai ke hari ni dia tak reply mesej aku. Bila aku check balik kat posting Facebook yang dia buat, soklan yang orang ramai tanya dia jawab termasuk shutter count dan COD. Whatsapp online manjang. Bila aku cari kat Mudah.my pun ada jugak.

Dan aku expect ada something wrong yang dia nak sembunyikan. Mungkin dia ingat aku expert kamera kot. Susah sket nak kelentong. Ada la tu rosak kat mane2 tu. Ceh macam la aku expert sangat. Padahal tanya google je pon. Anggap dia takmau jual sudahlah.


Yang kempunan,
Terukir di Bintang - Yuna


Skills Asas Survival Dalam Hutan - Teknik Mencari Air

Untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak dan extreme seperti jungle trekking, mendaki gunung dan berkhemah di dalam hutan, mempunyai risiko untuk sesat di dalam hutan. Makanya dalam keadaan kesesatan itu, hendaklah kita mencari air. 

Ya. Air amat penting sekali untuk tubuh badan kita. Tak makan sehari ok lagi tapi kalau tak dapat air, mau pengsan maaa. Mari kita sama-sama menonton video tips mencari air andaikata tersesat dalam hutan.




Yang tak boleh tidur, kita hapdet blog la dulu,
Bosan - Staci

Update Pasal Suara Aneh Flora Damansara

Update dari Facebook Wujud Paranormal Team berkenaan cerita sebelum ni, rujuk post Suara Misteri Di Flora Damansara. Ada kemungkinan bunyi ambik dari movie. Kot. Haha.





Ok case closed.



Yang memerhati,
Cinta Pantai Merdeka - Tropika

Member Ku Seorang Glory Hunter

Aku ada seorang member. Dah kenal hampir 11 tahun. Dan sebagai lelaki kebanyakannya mempunyai minat menonton perlawanan bolasepak, tak kisah la sama ada liga Malaysia, team Malaysia, liga Inggeris, Sepanyol mahupun liga Maldives.

Berbalik kepada member aku tadi, kami kenai dari Matrik yang sama, belajar U pun sama, fakulti sama cuma course sedikit berlainan. Dan sampai sekarang masih berhubung. Kira kenai rapat jugak la.

Sepanjang kenal masa di matrik dan U, dia ni kalau aku tanya apa team yang dia sokong? Dia akan jawab "semua team aku tengok." Dengan erti kata lain dia menikmati perlawanan tidak kira team apa yang main. Dan kalu tengok dia punya aksesori semua dia pakai, semua dia bedal. Cap Chelsea, jersi Barcelona, sweater Liverpool dll. Itu pun orang bagi katanya. Bila tanya pemain yang dia minat. Messi.

Team dalam liga Malaysia camne, ko tengok tak?
- "aku tak layan team Malaysia, semua cap ayam. Malaysia lawan pun aku tak tengok" - member aku bagitau. Ok aku takmau bagitau dia dari negeri mana, takut disangka bersikap kenegerian pulak. Dan member aku ni ok je perangai dia, takde masalah. Kami berkawan baik.

Tahun lepas masa kat aku pergi Kuantan, dia kerja kat situ dan sorang lagi member aku kerja kat Kuantan. Kami pun jumpa la kat satu kedai mamak, minum-minum sambil layan tengok bola Manchester City. Tak ingat lawan ape.

So aku tanya sekali lagi team yang dia minat, jawapannya masih tetap sama. Semua team dia layan. Yang sorang lagi tu memang dia ngaku terang-terang minat Man City.

Dalam dua tiga bulan lepas kami jumpa sekali lagi. Masa tu Chelsea tengah leading kalau tak silap. Aku tanya lagi soalan sama Hoh, kali ni lain jawapannya. Masa tu dia pakai topi/cap Chelsea. Jersi Barca.

Dia jawab tengok topi la. Ok fine. Chelsea le ni. Dan aku memang dari dulu lagi sokong Manchester United. Sembang la sket pasal David Moyes tak menjadi kat MU. Tak serasi. Balik je dari jumpa dia dia antar mesej Whatsapp, berbaur provokasi dan menganjing pasal Man U tak dapat postion top 4. Haha, sila orang la, aku tak makan provok2 ni.

Hari Sabtu lepas, kitorang jumpa lagi pegi rumah member kawin. Lepas makan sumer dia ajak aku pegi Shah Alam, dia nak beli mafla ngan orang kek situ. Yang peliknya dia nak beli mafla Liverpool. Dan-dan jer ngaku minat Liverpool, sebab tengah leading sekarang. Katanya nak pakai masa Liverpool lawan Chelsea(semalam). Nasib tak baik seller tu tertinggal mafla tu dalam kete member. Muka memeber aku ni dah jadi seposen dah.

Pelik jugak, sejak dia kerja sampai sekarang, gaji banyak, baru sekarang nak cari?


Semalam aku pun tengok Liverpool vs Chelsea. Half time bila player Chelsea, Demba Ba score sebijik, aku anta whatsapp kat dia. Kasi provok sket.

"Bro, Liverpool takdak goalkeeper ke?"

Dan-dan 10 minit pastu dia balas, "bila masa pulak aku minat liverpool, aku minat Chelsea la".

Puiii. Sah, member aku ni sokong team yang menang je. Bila dah kena 2-0 tu aku tak antar dah apa-apa SMS kat dia. Nak jaga hati kawan punya pasal. Haha.



Yang suka tengok bola,
Soley Soley - Middle of The Road

Monday 28 April 2014

Suara Misteri Di Flora Damansara?

Penduduk Flora Damansara dikatakan telah dihantui oleh suara misteri yang akan hadir selepas pukul 11 malam. Menurut cerita, penduduk di sana terutama Blok E mendengar suara ini. Flora Damansara adalah bekas kubur orang asli. Dikatakan ada penduduk yang sempat merakam bunyi suara misteri tersebut.

Berikut merupakan screenshot dari aduan group komuniti penduduk Flora Damansara di laman facebook.



Yang ni pulak suara aneh yang dikatakan dirakam oleh penduduk Flora Damansara. (tekan Play Button)






Yang kat bawah ni pulak screenshot chat antara Wujud Paranormal Team (WPT) dengan salah seorang penduduk Flora Damansara. WPT ni tak silap aku lebih kurang Uncle Seekers kot. Mereka mencari, mengupas, membincang, dan memaparkan kepada anda isu-isu paranormal yang berlaku di negara kita khususnya. Wah dah macam Edisi Khas pulak.



Aku ada follow jugak (follow kat Facebook jelah, tak berani den nak poie kek sano teruih) tentang penyiasatan team WPT nih. Tak dinafikan dalam dunia ini, bukan hanya didiami oleh manusia. Terdapat juga makhluk Allah yang diciptakan namun tidak terlihat oleh pandangan mata kasar kita.


perjalanan team WPT ke Flora Damansara

pemandangan dari tingkat 22 blok E flora damansara

Secara terperinci, aku tak tau secara lanjut hasil penyiasatannya. Namun berdasarkan pendapat orang ramai berkemungkinan datangnya suara tersebut :

1. sememangnya entiti paranormal
2. org yg meraung akibat perbuatan jenayah
3. desiran angin
4. budak nakal memainkan suara tersebut
5. bunyi haiwan liar
6. suara tv (cerita seram)
7. suara dari mp3 player/kaset yang dimainkan oleh penjenayah (maybe)

Yang nombor 7 aku tambah sendiri, sebab dulu2 pernah baca novel penjenayah nak cover line perbuatan jenayah dorang kat sesuatu tempat, maka benda cenggini disebarkan, tambahan pulak orang kita mudah percaya benda mistik nih. Ini cuma teori aku.lah.

Namun ada yang lebih menariknya pun tentang Flora Damansara berdasarkan cerita-cerita yang tersebar dari molot ke molot. (sumber Cari Forum)

Cerita 1



Cerita 2

"Member satu ofis ramai duk Flora Damansara. Al kisahnya ada semua unit rumah sana adalah laluan orang bunian. x pernah ada yg lama menyewa sana, kadar sewa pun murah.
Citanya gini. kat rumah tu, area ruang tamu nya adalah laluan bunian. imagine la, time tgk tv bleh tengok ada orang lalu lalang kat depan, then tembus dinding.
ada sapa2 yg tahu rumah mana satu? aku x tanya plak kawan aku tapi mmg betul2 ada sebab ada geng satu ofis duk situ kejap je, terus pindah lain."

Cerita 3

"aku owner salah satu umah kat dsara damai..tp memang betul kalau taman tu yg kau org ckp.. pernah ada member aku citer tgh sdap2 lepak dpn tv dgn kluarga, tiba2 bayangan kubur menjelma pastu ilang fuhyooo takut tu.. memang depa kata kawasan tu tmpt persemadian kaum org asli.. hanya ALLAH SWT yg tahu citer sebenar.. la nie x pastilah apa keadaan pas ramai org duduk situ."

Cerita 4

"Selain dari kes hantu n rogol, kakak aku ada citer satu hari tu dia balik keje siangla dlm pukul 3. Masa tu org tak de sangat sbb waktu bekerja.masa dia naik lif nak kuar tu, tetiba ada dlm 5 org budak tgh pegang barang. Nampak sorang pegang tv, set hi fi, laptop n ada beberapa barang elektric lain lagi. Budak2 tu mcm panik n tergopoh2 nak masuk lif tu. Bila kakak aku sampai sebelah umah jiran dia, dia terkejut sebab dengar mcm riuh2 kat umah jiran dia. Dia cuba dengar apa yg berlaku masa nak bukak pintu. Sebab dengar suara pompuan menangis mcm memujuk2.
Tetiba masa akak aku nak melangkah masuk umah je, dia dengar makcik tu jerit minta tolong. Tapi sayup2 je. Kakak aku g la tinjau. Tgk anak bujang makcik tu umur dlm lingkungan belasan tahun tengah pegang pisau / parang mcm main acah2 kat makcik tu. Kononya mcm nak rodok makcik tu la
Kakak aku jadi serba salah n takut gila masa tu sebab kawan2 budak tu kat lift dah start nak meluru kat akak aku. Kakak aku memang serba salah betul time tu. Trus dia masuk umah lock pintu. 
Tak lama lepas tu, dengar makcik tu tutup pintu. N suasana sunyi. Lepas beberapa ari kejadian tu kakak aku terserempak ngan makcik tu. Tengok makcik tu kesian sangat.nampak kat tangan dia berbalut. Tapi kakak aku tak dela busy body nak tanya.
Dari apa yg kakak aku tau sikit2, makcik tu janda anak 3. Sume lelaki. N blh dikatakan anak2 dia mcm tak menjadila. Yg sulong je mcm ok2 sket. Tapi anak no 2 dia tu dah parah sebab suspect isap dadah.anak dia yg tula yg cuba nak rodok mak dia tu"

Cerita 5 - Yang ni cerita kat area mutiara damansara.

"Korang tau kat mana showroom proton mutiara damansara tak. Kakak aku keje sana kira mcm orang lama kat sana. Masa memula showroom tu bukak dia dah ada. Jadi, dia sikit sebanyak tau kisah2 kat mutiara damansara tu. Apa kisah di sebalik orang asli n tubuhnya mutiara damansara. 
Ok, aku nak cite pasal showroom tu. Pada aku agak seram tapi tak taula korang mcm mana plk. Sebabnya aku ni penakut ya hamat.masa memula showroom tu bukak, the curve blom siap lagi. Building kiri kanan depan belakang tu sume blom ada lagi. Ada pun tesco tapi mcm baru sangat2. Ingat2 lupa dah aku. Yg pastinya curve memang blom siap lagila masa tu. Memang agak sunyi area tu lebih lg kalau waktu malam. 
Showroom proton tu boleh dikatakan besarla jugak. Dalam tu ada beberapa bilik iaitu bilik admin, bos, staff, n ada beberapa bilik lagi. Satu malam tu, kakak aku kena duty. Jam lebih kurang pukul 10.Yg tinggal hanyala pak guard n budak admin perempuan sorang.masa dia tengah pack2 nak balik tu, dia dengar puntu toilet bertutup. Dia ingat budak admin masuk toilet. Jadi dia pun tunggula kejap sementara budak admin kuar toilet. Masa tu dia memang yakin yg budak admin tu yg masuk toilet sebab clear sangat bunyi pintu toilet tu bertutup. Kakak aku tunggu agak lama kenapa budak admin tak settle lagi dlm toilet.
Utk pengetahuan korang, showroom kalau waktu malam hanya ada satu lampu je terpasang. Itu pun agak samar2. Tapi kalau org kat dlm tu still lagila blh nampak muka orang ke apa.
Masa kakak aku tunggu admin kuar dari toilet tu, dia pun g la masuk toilet tu. Tapi tak de orang. Dia cuba jerit panggil nama budak admin tapi tak menyahut. Lepas tu dia nampak lampu bilik opis admin menyala. Mcm baru nak on. Kakak aku jerit lagi panggil nama budak admin tu. Tapi tak nyahut walau dah berkali2 panggil. Hati kakak aku dah rasa sesuatu. Cuba nak naik ke bilik admin tapi kaki mcm nak tak nak pegi. Hati dah tak sedap. Kakak aku cuba tunggu n panggil lagi. Kesudahanya kakak aku panggil pak guard. Pak guard muka dah semacam. Mcm dah tau apa yg berlaku.
Kakak aku cuba tunggu lagi kot2 budak admin nak main cak2.n takut kalau pape jadi. Tapi pak guard beriya2 suh balik. Siap pesan balik nanti mandi. Baca apa2 yg patut. Kakak aku dah start rasa sesuatu. 
Esok bila sampai opis baru tau citer sebenar. Pak guard yg malam tadi tu mc. Dari apa yg kakak aku cerita, budak admin tu dia dah balik 15min awal. Dia ada bitau kakak aku dia nak balik masa tu tapi kakak aku sebab busy deliver keta, jadi dia memang tak dengar langsung. Jadi, citer tu heboh masa lunch hour. 
Rupanya, kakak aku kira org yg kira last2 la yg kena. Sebabnya staff2 lain yg dari budak mekanic, budak admin, sales sume penah kena benda yg sama. Benda tu dia mengacau start nak senja2 sampai malam.
Bila sume fikir2 balik, patutla pak guard asek bertukar ganti.ada banyak citer kat showroom proton ni. Nanti nantila aku citer. Citer akan jadi lebih seram kot nanti"

Cerita dari aku pulak secara jujur aku memang tak pernah duduk area situ. Cuma singgah pernah la. Dulu pernah pergi makan sate kat area mutiara damansara, tak ingat apa nama kedai. Rasanya area situ kawasan berbukit, agak sejuk malam-malam.

Dan tak dinafikan kewujudan mereka di dalam dunia ni. Dalam Quran pun ada sebut.

"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman." (Al -A'raaf:27)

Sedikit tips, amalkan membaca ayat Kursi sebanyak 7 kali sebagai pendinding daripada gangguan syaitan. at least seminggu sekali.

Semoga kita dilindungi oleh Allah s.w.t dari gangguan syaitan mahupun gangguan manusia.

Jangan mintak tolong dengan Raja Bomoh sudah.

- Update Pasal Cerita Suara Misteri Flora Damansara




Yang ketakutan,
Welcome To The Black Parade - My Chemical Romance

Friday 25 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 di PWTC



Orang ramai dijemput hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Biasalah pesta buku camni banyak promosi atau diskaun untuk buku-buku terpilih. Pelajar yang ada Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pon boleh guna kat sini.

Event:    Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Tarikh:   24 April - 4 Mei 2014
Masa :   10.00 pagi - 7.00 malam (Isnin - Khamis)
             10.00 pagi - 9.00 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Jom ramai-ramai poie Pesta Buku eh. Amalan mombaco amalan mulio. Yang ado anak kocik bawak anak kocik bolikan diorang buku kasi baco dari kocik. Adik kakok hok tok nikoh lagi buleh ajok gewe boipren gelpren saing-saing gi beli buku.


Untuk info lanjut boleh rujuk Facebook PBAKL2014.


Yang suka membaca,
Aku Pelat - Salammusik feat. ZionDread



Temuduga Terbuka Spirit Aerosystems 7 Mei 2014

TEMUDUGA TERBUKA DI SPIRIT AEROSYSTEMS

Tempat Temuduga : Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya, No 2, Jalan SS5B/2, SS5, Kelana Jaya, 47301 PJ.
Tarikh/Hari : 7 Mei 2014 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang

Kekosongan Jawatan :

1) Technician - Assembly (Lelaki/Perempuan)
2) Technician - Paint  (Lelaki/Perempuan)


Nota: Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya di talian 03- 7873 5100/5101



Sumber Jobsmalaysia


Thursday 24 April 2014

You Tak Faham Ke Hati Seorang Pengantin???



Terjumpa satu panggilan hangit Hot FM yang agak lawak dekat facebook.

Panggilan untuk cik Izzuddin yang mana kononnya loan yang dibuat tak lulus. Ayat yang aku tak bleh blah bila dia cakap "you tak faham ke hati seorang pengantin?"

Fizie si DJ pun tengah tahan gelak, cover line cakap selsema. Siap ajar cara pernafasan lagi. Nak bukak baju lagi bagai. Memang kelakor lah. What the fish.

Moh sama-sama dengar kat SINI.



Yang mau kahwin,
Pelamin Anganku Musnah - Azie




Saturday 19 April 2014

Kepentingan Penjagaan Gigi

Baru aku perasan rupanya ada kempen penjagaan gigi dari Colgate dengan kerjasama Malaysian Dental Association (MDA. Terperasan tengok iklan Nuffnang ni,. Biasa nampak Churp Churp je. haha. 

Siap ada Bulan Kesihatan Mulut 2014 atau bahasa omputihnya Oral Health Month lagi untuk bulan April. Oral tu molot la kan? Temanya 'Ke Arah Masa Hadapan Bebas Kaviti'.

gigi cantik menambahkan seri pabila tersenyum
Gigi ni penting. Proses penghadaman makanan bermula dari mulut, dengan gigi berfungsi menghancurkan makanan besar menjadi lebih kecil. Ini dinamakan proses mekanikal. Satu lagi proses melibatkan tindakbalas kimia iaitu dengan penghasilan enzim tertentu yang mengubah zat makanan yang kompleks menjadi lebih kecil.

Fungsi gigi yang lain ialah membantu dalam pertuturan menjadi lebih jelas. Gigi membantu lidah dalam membentuk sebutan sesuatu huruf. Tak hairan le kalau dengar orang yang takde gigi bercakap macam mumbling je.

Kalau tengok orang tua yang dah hilang gigi especially pada bahagian depan, biasanya sebutannya untuk bertutur menjadi kurang jelas. .


Penjagaan gigi susu juga penting bagi memastikan gigi kekal yang tumbuh dalam susunan yang teratur. Jika gigi susu anda tercabut lebih awal daripada masanya, kemungkinan besar anda mengalami masalah gigi yang berlapis. Banyak ler masalah nanti. Selain itu gigi susu juga memainkan peranan untuk membentuk tulang rahang yang betul. 

Kebiasannya mereka yang mempunyai set gigi yang sempurna kelihatan hensem, kacak, comel lotey berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai gigi yang lengkap terutama pada bahagian hadapan. .

Gigi ni kira  macam aksesori la nak kasik cantik rupa paras kita. Terutamanya apabila senyum. Kalau tengok retis-retis yang berlakon memang kena jaga gigi kot. Kang tak pepasal nampak gigi berlubang masa tengok wayang kat panggung.

Untuk kempen ni dorang ada buat roadshow kat seluruh Malaysia. Boleh check kat SINI. Roadshow ni mostly buat dekat pasaraya. Ada pemeriksaan gigi percuma dan aktiviti lain. Tak pasti aktiviti lain tu ape. Mungkin peraduan mewarna, treasure hunt dll.

Klinik gigi pun ada yang terlibat. Boleh check senarai Klinik Gigi Yang Terlibat. Boleh buat free dental check up. Aku pon rasa cam nak pegi.

Last but not least, tips penjagaan gigi.
1. Berus Gigi - tukar setiap 3 bulan
2. Elakkan Minuman Bergas atau Soda
3. Elakkan Merokok
4 Kurangkan makanan manis, lets say gula-gula.
5. Selalu jumpa doktor gigi.
Lagi tips di website Colgate.

Akhir kata, jagalah gigi anda, ibarat menanam tebu di tepi bibir, manis lagi air pepsi. Sekian.


Yang merapu,
Empty Decoration - Indecisive




Ini Namanya Keyakinan Tahap Gaban Peringkat Tertinggi Episode 2

Susulan tersilap update status Facebook yang mana mendiang Karpal Singh disangka Karam Singh, sorang mamat yang buat silap ni dah tau silap dia. Dah glemer dah pon dia. Siap dah ada fanpage Facebook, atenye sebab banyak dapat friend request dalm masa yang singkat. Takpe le, glemer la kau jah. Mungkin itu yang dicari. Mungkin juga memang tersilap. Koh koh koh.


Aku hitamkan nama dia sebab tak mau kasik publisiti percuma kat dia. haha. Lagipun kat facebook memang berlambak orang up printscreen status dia tanpa hitam@blur. Memang dah femes sangat dah. Boleh lawan facebook Sultan Melaka la pasni.

Tapi tu pun masih tersalah lagi. Kalam Singh. Pulak.


yang ni nama dia Serbegeth Singh, nama glamer Shebby Singh, pengulas bola sepak dan juga bekas pemain bola

ok yang ni nama dia Karamdilaut Asamdidarat (wartawan terkenal Edisi Khas)

Yang, hentam sajalah,
Reptilia - The Strokes



Temuduga Terbuka AEON Co. (M) 18 - 20 April & 23 - 27 April 2014

TEMUDUGA TERBUKA DI AEON Co.(M) Bhd.

Tempat Temuduga : JobsMalaysia Centre, T2-3, UTC Pudu Sentral, 55100 Kuala Lumpur
Tarikh/Hari : 18 - 20 April 2014 & 23-27 April 2014
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Kekosongan Jawatan :

1) Penyelia / Pembantu Penyelia
2)Pembantu Jualan
3)Pelatih Juruwang / Juruwang
4) Pembantu Khidmat Pelanggan
5) Attendan Meletak Kenderaan
6) Anggota Keselamatan
7) Kerani Am

Nota: Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JobsMalaysia Centre, UTC Pudu Sentral di talian 03- 20262058



Sumber Jobsmalaysia


Friday 18 April 2014

Karnival Kerjaya Johor Mahir (19 - 20 April 2014)

Karnival Kerjaya Johor Mahir akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh : 19 dan 20 April
Tempat : Stadium Perbandaran Pasir Gudang
Masa : 9am - 5pm
Jumlah majikan : 30 majikan
Jumlah Institusi Kemahiran : 20 institusi
Jumlah kekosongan jawatan : melebihi 1500 jawatan kosong

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui bagaimana kemahiran dapat membina kerjaya anda.
Dalam pembangunan Johor yang amat pesat ini, kemahiran merupakan elemen utama untuk anda mendapat manfaat hasil limpahan ekonomi di negeri Johor.
Maklumat ini dapat anda timba di Karnival Kerjaya Johor Mahir di Pasir Gudang pada 19 dan 20hb April ini.

Maklumat lanjut sila hubungi ;
Pusat JobsMalaysia (JMC) Iskandar Malaysia
HG-07-06, Danga Bay,
Off Jalan Skudai,
80200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim

Tel : 07-2340 148/49
Fax : 07-2340 146
Email : jmciskandar_m@mohr.gov.my


Sumber Jobsmalaysia


Temuduga Terbuka IJM Highway Services 21 - 22 April 2014

TEMUDUGA TERBUKA DI IJM HIGHWAY SERVICES SDN. BHD.

Tempat Temuduga : JobsMalaysia Centre, T2-3, UTC Pudu Sentral, 55100 Kuala Lumpur
Tarikh/Hari : 21 & 22 April 2014
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Kekosongan Jawatan :

1) Juru Tol - 46 kekosongan
2) Penyelia Tol - 5 kekosongan
3) Pengawal Trafik - 8 kekosongan
4) Peronda Leburaya - 6 kekosongan
5) Penyelia (C&S)

Nota: Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JobsMalaysia Centre, UTC Pudu Sentral di talian 03- 20262058


Sumber Jobsmalaysia


Virus Misteri MERS - CoV di Malaysia

SUSULAN JEMAAH UMRAH MAUT AKIBAT VIRUS MERS - CoV

Batu Pahat: Seramai 64 penduduk Kampung Bintang Laut, dekat sini, dikuarantin di rumah masing-masing sejak kelmarin kerana mempunyai tanda awal Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) susulan kematian seorang penduduk akibat penyakit itu.

Seramai 1,000 lagi penduduk termasuk saudara mara lelaki yang meninggal itu diminta menjalani pemeriksaan di klinik dan hospital berhampiran. 

Jabatan Kesihatan Johor juga sedang mengenal pasti 12 daripada 18 jemaah yang mengerjakan umrah bersama mangsa bagi pemantauan. 

Enam lagi iaitu empat dari Johor Bahru dan dua dari Kluang, sudah menjalani pemeriksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata dua daripada empat jemaah dari Johor Bahru itu dikesan mengalami tanda awal MERS-CoV dan kini dalam pemerhatian manakala empat lagi disahkan sihat.

Beliau berkata, mereka yang dikuarantin adalah sebahagian daripada 100 penduduk kampung yang menjalani pemeriksaan bagi mengesan jangkitan MERS-CoV. 

“Ini kes pertama di negara ini dan kita mengambil tindakan serius dengan membuka Pusat Pemeriksaan Khas Jangkitan MERS-CoV sejak Isnin lalu bagi mengekang penyakit ini daripada merebak. - Berita Harian hari ni -




Pada September 2012, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan kes jangkitan virus yang dinamakan Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus (MERS - CoV) yang dahulunya dikenali sebagai Novel Coronavirus telah dikesan dari negara-negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia.

Bagi kes-kes yang dikesan di negara-negara Eropah seperti Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom, ini sama ada mempunyai sejarah lawatan ke rantau Asia Barat atau sejarah hubungan dengan pelawat yang mempunyai gejala sejurus pulang dari lawatan di Asia Barat.

Sehingga 9 Julai 2013, WHO telah melaporkan sebanyak 82 kes disahkan mengidap MERS CoV dengan 45 kematian seluruh dunia. Ini menjadikan jangkitan virus ini amat merbahaya dengan kadar kematian yang tinggi, melebihi 50 peratus.

Sebenarnya masih banyak lagi fakta yang belum diketahui atau dikenal pasti mengenai virus ini termasuk punca dan cara jangkitan.

Walau bagaimanapun virus ini mungkin boleh merebak melalui hubungan secara langsung dengan pesakit atau melalui titisan daripada salur pernafasan seorang pesakit kepada orang lain.

Golongan yang dianggap mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus MERS-CoV adalah warga emas, mereka yang mengidap penyakit kronik dan mempunyai kurang daya tahan terhadap jangkitan penyakit.

Sehingga sekarang, tiada rawatan khusus atau vaksin untuk mengelak jangkitan MERS-CoV ini. Tanda-tanda jangkitan virus MER-CoV adalah seperti demam dan kesukaran bernafas iaitu tanda-tanda radang paru-paru (pneumonia) yang berlaku secara akut dan serius serta cirit-birit. - sumber Utusan 26 Julai 2013 -

Virus Mers Cov menyerang sistem pernafasan manusia serta turut menyebabkan kegagalan organ. (Gambar kecil : gambaran virus)


Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh dipraktikkan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan Mers. Ah, tak payah tunggu tanda-tanda, amalkan jer sebagai amalan harian.

1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalam.

2. Sentiasa membawa penutup hidung dan mulut serta pencuci tangan untuk digunakan ketika perlu.

3. Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik.

4. Mengelakkan daripada mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.

5. Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimakan.

6. Mengelak minum air tidak terawat.

7. Memakai penutup hidung dan mulut sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan MERS-CoV dan dapatkan rawatan segera. Kalau sakit pegi je jumpa doktor.

Langkah-langkah kat atas ni sebenarnya adalah langkah pencegahan untuk jemaah haji atau umrah yang pergi ke Mekah. Sebab mostly puncanya dari kawasan Timur Tengah. Tapi boleh saja diamalkan kat sini. Tetap relevan.

Bak kata pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati". Dah berjangkit dengan Karam Singh Walia dah aku ni. Asyik teringat peribahasa je.


Yang mau sihat,
Dont Panic - Coldplay


Ini Namanya Keyakinan Tahap Gaban Peringkat Tertinggi

"Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun".

Kelmarin kita digemparkan dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gelugor iaitu Karpal Singh dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi (17 April 2014) seperti yang dilaporkan dalam akhbar Utusan.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Namun ada yang kurang cakna dengan kesahihan sesebuah berita. Aku bukan mahu berbicara tentang pergaduhan politik partisan. Tapi ada sorang mamat ni aku tak tau dia punya rabun atau camne, or mungkin confidence level beliau terlalu tinggi. Boleh tersilap orang mati pulak tu.

Apa yang berlaku ini ibarat "Lembu punya susu, cap teko yang dapat nama".


Mungkin juga beliau cuba untuk bersikap sarkastik, namun cubaannya tidak berjaya malahan telah menjadi modal troll beberapa Facebook page. Mungkin juga cubaan beliau untuk famous dalam sekelip mata. Siapa tahu? Mungkin juga dia memang tak tahu.


Benda cenggini kalau silap haribulan boleh kena saman. Orang kata, "sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut"

Apa-apa pun, takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh.

Sebelum terlupa untuk mereka yang mungkin tak tahu, Karpal Singh dan Karam Singh Walia adalah dua orang manusia yang berbeza.



Sekian sahaja laporan untuk kali ini. Kembali ke Sri Pentas.


Yang melaporkan,
Aku Maafkan Kamu - Jamal Abdillah feat Malique

Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi

Dah masuk pukul 12 aku masih tak mengantuk lagi. Dah masuk hari Jumaat pun. Maka aku nak buat entri pasal satu amalan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. pada hari Jumaat.

Rasanya ramai di kalangan kita sudah tahu tentang kelebihan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Bahkan terdapat hadis sahih tentang fadhilat tentang surah tersebut. Takpelah, kita anggap sebagai tazkirah saja. Tazkirah tu pun sendiri bermaksud peringatan. Tazkirah untuk diri aku sendiri dan juga orang lain. Moga kita tidak alpa dengan dunia yang penuh dengan pancaroba. Giteww.

Dan aku pun tak lah perfect selalu baca. Kadang-kadang terlupa jugak.

Sedikit info ringkas tentang surah ni.

Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Waktu disunnahkan membaca surah Al-Kahfi dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar.

Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,

“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

Imam Nawawi berkata,
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."

Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

Demikian ler antara 3 kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, semoga semakin memotivasi kita untuk mengamalkannya.

Kalau diikutkan sekarang kita sudah berada di penghujung zaman. Bila-bila masa saja Dajjal mungkin akan muncul. Hoih nak cerita pasal Dajjal ni pulak tak abih. Esok la pulak sambung. Nak tidoq dulu.




Yang insaf walau barang sebentar,
Takdak lagu

Wednesday 16 April 2014

Kerjaya Berpendapatan Tinggi Tanpa Memerlukan Ijazah Universiti Bachelor Degree Master di Malaysia

Minggu sudah seorang rakan sepengajian (member laki) antar SMS kat aku. Member ni belajar sekali ngan aku zaman sekolah menengah dan juga universiti. Kat sekolah aku tak rapat sanga ngan dia, maklum ler tak sama kelas. Orangnya nampak pendiam ( aku pun pendiam gak sebenarnya).

Mula kenal lebih rapat bila kami masuk ke satu universiti, sama bidang, sama kelas. Orangnya aku tak nafikan bijak orangnya, tapi tak abis belajar. Ijazah tak dapat, PTPTN kena bayar. Sebab dalam tahun dua kalau tak silap, dia terjebak dalam dunia MLM. Ok jangan salah paham. Aku bukan nak kondem MLM. Dari tahun dua sampai ke tahun akhir pengajian, dia masih hadir ke kelas walaupun selalu ponteng. Yang aku tau final year projek dia tak buat betul-betul. Dan dari apa yang aku dengar MLM yang dia masuk tu indah khabar dari rupa. Ada isu dengan Bank Negara, dah close dah rasanya.

Yang peliknya orang yang ajak dia masuk ke dalam MLM tamat belajar, dapat degree.

Ok habis saja belajor di universiti, aku dengar cerita dia dah kawin. Dia termasuk dalam kalangan member-member aku yang kawin awal. Aku dapat tau dia kerja sebagai tukang rumah lepas kawin. Tak kisah la janji kerja halal.

Sekarang dengar kata dah kerja dengan sebuah syarikat oil & gas. Tak pegi interview tapi ada kenalan ayah dia yang rekemen. Erti kata lain guna kabel la.

Dan setelah mengenali dunia pekerjaan dengan lebih dekat sekarang, aku rasa member aku tu rugi banyak masa masa kat U. Degree tak dapat, PTPTN dapat, masa banyak terbuang. Ok ada la jugak benda bermanfaat yang dia dapat, maybe dalam bentuk ilmu yang aku tak nampak.

Sebab apa aku kata rugi?

Rugi sebab masa 4 tahun tu kalau la dia masuk keje kilang mungkin dah jadi supervisa dah sekarang. Kalau lepas SPM dia terus bukak bisnes mungkin skang ni dah berkembang maju. Lagipun ada banyak bidang kerjaya yang tidak memerlukan ijazah tapi boleh buat duit. Gajinya lumayan gitewww. Dan aku pun kadang-kadang rasa rugi jer masuk universiti. Haha.

Ada ke bang kerja yang tak payah masuk U tapi gaji tinggi?
Ada, meh abang aripp nak habaq maii. Kat bawah ni senarainya kerja yang gajinya tinggi walaupon takde degree unibersiti. Tapi still kena pakai modal duit.



1. Juruterbang

Dikenali dengan nama pilot dalam bahasa omputih. Memerlukan modal yang besar untuk memasuki kursus penerbangan kerana kursus yang ditawarkan sebelum menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Walaubagaimanapun, gaji pun memang masyuklah. Tangngungjawab pun berat beb. Ratusan nyawa penumpang terletak atas bahu juruterbang. Tengok saja apa yang berlaku bila pesawat MH370 hilang. Okeh, terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence seperti Malaysian Flight Academy, HM Aerospace Sdn Bhd, dan Asia Pacific Flight Training.

2. Penasihat Kewangan

Dikenali sebagai ‘wealth advisor’. Merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.


3. Ejen Insurans

Untuk menjadi ejen insuran pemohon perlu lulus ujian yang berkaitan. Yang ni ada yang buat part time atau full time. Aku pun rasa nak buat jugak part time tapi tak pegi pegi exam nya. hehe.


4. Ejen Hartanah

Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Menyertai kursus dan seminar hartanah adalah salah satu permulaan bagi diri anda untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini, ataupun membeli buku-buku pelaburan hartanah demi untuk mendapatkan teknik-teknik yang berkesan hasil penulisan mentor yang sudah berjaya. Secara jujur ada sorang member aku yang berhenti kerja dari Petronas semata-mata kerana dia melihat bidang ini mempunyai potensi untuk menjana pendapatan yang tinggi.

5. Industri Minyak & Gas (Oil & Gas) 

Bagi yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, Sapura Kencana Petroleum sekadar menyebut beberapa nama, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan.Kelebihan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ianya diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia.

Selain itu, terdapat beberapa pusat latihan tempatan turut menawarkan kursus berkaitan, seperti Terengganu Safety Training Centre dan Institut Latihan Perindustrian.

Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

  • Welding Inspector
  • Welding QC Co-ordinator
  • Plant Inspector
  • Offshore Inspection
  • Non-destructive Testing
  • Plastics Welders
  • Welder ( terdapat pelbagai pengkhususan)
  • Rigger
  • Helper

Untuk yang ingin bekerja atas pelantar minyak/offshore, anda semua mestilah sihat tubuh badan, bersedia untuk menjalani ujian BOSIET (Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training) dan HUET (Helicopter Underwater Escape Training). BOSIET dan HUET adalah wajib untuk sesiapa sahaja yang ingin bekerja di offshore, tidak kiralah apa jawatan sekalipun samada Engineer, Technician, Chef, Janitor, Imam Surau, Rigger,Tukang Masak dan sebagainya. Tiada kompromi.

BOSIET ni boleh ambik dekat Consist Training Centre, salah satu penyedia latihannya.

Tapi jangan salah paham, kerja O&G tak semestinya kerja kat offshore. Kat atas darat ni pun ada.


6. Safety & Health Officer

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

Antara sijil yang ditawarkan oleh NIOSH ialah Safety & Health Officer (SHO). Bidang tugas SHO ialah memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesebuah organisasi mengikut standard NIOSH. SHO pun boleh join oil  & gas jugak.


7.  Wireman

Mengendalikan pemasangan elektrik dan pengujian. Wireman juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

8. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah).

9. RoHS officer

Okeh pasal RoHS ni aku blur sket. Taktau sangat apa cer/course yang kena ambik untuk jadi RoHS officer. Nanti aku buat research balik.

ROHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu  arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

10. Usahawan/Peniaga

Orang kata 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Ada cerita mengatakan seorang peniaga pasar malam mempunyai income yang lebih tinggi daripada seorang pegawai bertali leher yang kerja makan gaji. Tapi berisiko jugak. Risiko untungnya ada, risiko ruginya pun ada. Ada member aku keje jual aiskrim je tapi dalam 5 tahun jer dh boleh pakai keter Vios.


Okeh, itu la serba sebanyak kerja-kerja yang tak payah degree tapi gaji lumayan. Tapi still perlukan duit untuk menyertai kursus berkaitan. Kalau meniaga kena ada modal jugak. Apa yang aku suka pasal kerja sebegini ialah ianya memang melatih seseorang untuk bekerja. Dengan kata lain at least 60 peratus dari modul kursus ialah based on practical. Kalau masuk U, banyak main teori, praktikalnya kurang.

Dan tak dinafikan, sesetengah dari kerjaya disenaraikan kat atas ni berisiko tinggi seperti bekerja di atas pelantar minyak. Menjadi pilot anda perlu alert sepanjang masa. Menjadi ejen insurans kulit muka anda perlu tebal sepanjang masa serta berisiko untuk hilang kawan kalau tak kena gaya. Hehe.

Oleh yang demikian itu, maka untuk mereka yang keputusan ESPIEM nya tidak berapa bagus, jangan berputus asa. Hidup anda tidak berakhir dengan gagal atau lulusnya ESPIEM. Dan yang ada degree belum tentu dapat kerja bagus. Maklum ler sekarang ni zaman persaingan. Globalisasi.

Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Yang penting usaha, doa dan tawakkal.

Adios.


Yang mencari rezeki,
Kalau Aku Kaya - Altimet feat Awi Rafael

Friday 11 April 2014

Oil & Gas Safety Passport (OGSP)

Hari Rabu minggu lepas aku ke NIOSH Bangi untuk hadir kursus OGSP. Naik motor je der dari Cheras ke Bangi. Nak masuk ke PLUS boleh pulak tersesat. Cilakak. Nasib kuar umah awal.

Apa bendanya OGSP tu? Boleh makan tak?
OGSP ni stand for Oil & Gas Safety Passport, untuk sesapa yang nak kerja dalam loji Petronas, Shell, Titan atau Esso kena ada OGSP nih. OGSP ni valid untuk tempoh masa 3 tahun. Yuran kursus RM250. Aku bayar sendiri je. Kalau company hantar mungkin dapat free.

OGSP ni ada level tak? Tahap 1 ke, tahap 2 ke, tahap dewa ke?
Ada dua level. Level 1 ni untuk yang baru buat la. Kalau dah ada OGSP dan nak renew, kena attend yang level 2 punya. Manakala untuk mendapatkan level tahap dewa pula anda perlu berlatih hikmat Cakar Penolak Awan jurus penampar buaya terlebih dahulu sebelum dibenarkan menghadiri level ini.

Camna nak buat?
Kena booking tarikh dulu sama ada pegi terus ke mana-mana cawangan NIOSH atau senang telefon je. Nak datang walk in boleh tapi risiko untuk pulang sia-sia tu ada la kalau takde tempat kosong masa pegi tu. Aku tempah sebulan sebelum dan dapat tarikh pada minggu lepas.

Ada kena jawab soalan/exam tak?
Ada. Tapi senang je. Budak baru abis PMR pon boleh jawab. Yang penting ikut je apa yang jurulatih/penceramah tu suruh.

Lepas dah abis, kena buat apa pulak?
Dalam tempoh 3 hari waktu bekerja, kad OGSP akan siap dan boleh pegi ambik kat Ofis NIOSH yang korang buat tu.

OGSP ni lebih kurang macam kad hijau CIDB kot. Cuma kursus CIDB lebih kepada penekanan aspek keselamatan & kesihatan kat construction site. OGSP pulak lebih kepada loji minyak dan gas. Memandangkan aku sekarang fokus kepada kerja dalam bidang safety, maka OGSP ni kira penting jugak la dalam mendapatkan job.

Sampai je kat NIOSH dalam pukul 8 pagi, beratur untuk serah borang dan bayaran, beserta gambar ukuran passport, salinan IC. Pastu person incharge tu akan kasik buku modul OGSP, buku soalan assessment, vest pantul cahaya sehelai, pen sebatang. Pastu masuk ler dalam kelas yang diorang dah tetapkan.

buku untuk modul OGSP

Kursus dari pagi sampai petang. Lupa plak nak ambik gambo dalam kelas. Minum pagi, makan tengahari, minum petang disediakan. Petang tu hujan. Nasib baik ada baju hujan.



Yang pegi kursus,
Zombie - The Cranberries