Friday 11 April 2014

Oil & Gas Safety Passport (OGSP)

Hari Rabu minggu lepas aku ke NIOSH Bangi untuk hadir kursus OGSP. Naik motor je der dari Cheras ke Bangi. Nak masuk ke PLUS boleh pulak tersesat. Cilakak. Nasib kuar umah awal.

Apa bendanya OGSP tu? Boleh makan tak?
OGSP ni stand for Oil & Gas Safety Passport, untuk sesapa yang nak kerja dalam loji Petronas, Shell, Titan atau Esso kena ada OGSP nih. OGSP ni valid untuk tempoh masa 3 tahun. Yuran kursus RM250. Aku bayar sendiri je. Kalau company hantar mungkin dapat free.

OGSP ni ada level tak? Tahap 1 ke, tahap 2 ke, tahap dewa ke?
Ada dua level. Level 1 ni untuk yang baru buat la. Kalau dah ada OGSP dan nak renew, kena attend yang level 2 punya. Manakala untuk mendapatkan level tahap dewa pula anda perlu berlatih hikmat Cakar Penolak Awan jurus penampar buaya terlebih dahulu sebelum dibenarkan menghadiri level ini.

Camna nak buat?
Kena booking tarikh dulu sama ada pegi terus ke mana-mana cawangan NIOSH atau senang telefon je. Nak datang walk in boleh tapi risiko untuk pulang sia-sia tu ada la kalau takde tempat kosong masa pegi tu. Aku tempah sebulan sebelum dan dapat tarikh pada minggu lepas.

Ada kena jawab soalan/exam tak?
Ada. Tapi senang je. Budak baru abis PMR pon boleh jawab. Yang penting ikut je apa yang jurulatih/penceramah tu suruh.

Lepas dah abis, kena buat apa pulak?
Dalam tempoh 3 hari waktu bekerja, kad OGSP akan siap dan boleh pegi ambik kat Ofis NIOSH yang korang buat tu.

OGSP ni lebih kurang macam kad hijau CIDB kot. Cuma kursus CIDB lebih kepada penekanan aspek keselamatan & kesihatan kat construction site. OGSP pulak lebih kepada loji minyak dan gas. Memandangkan aku sekarang fokus kepada kerja dalam bidang safety, maka OGSP ni kira penting jugak la dalam mendapatkan job.

Sampai je kat NIOSH dalam pukul 8 pagi, beratur untuk serah borang dan bayaran, beserta gambar ukuran passport, salinan IC. Pastu person incharge tu akan kasik buku modul OGSP, buku soalan assessment, vest pantul cahaya sehelai, pen sebatang. Pastu masuk ler dalam kelas yang diorang dah tetapkan.

buku untuk modul OGSP

Kursus dari pagi sampai petang. Lupa plak nak ambik gambo dalam kelas. Minum pagi, makan tengahari, minum petang disediakan. Petang tu hujan. Nasib baik ada baju hujan.



Yang pegi kursus,
Zombie - The Cranberries


12 comments:

  1. Salam bro.. baru2 ni saya ada pegi kursus ogsp1... boleh bagi pandangan tak apa yg perlu saya buat? Kalau saya mintak kerja kat syarikat oil n gas ni.. apa jawatan yg boleh?

    ReplyDelete
  2. Ada tak sapa2 tau kut ada cawangan NIOSH ni kat Kota Kinabalu? Tq

    ReplyDelete
  3. Ada tak sapa2 tau kut ada cawangan NIOSH ni kat Kota Kinabalu? Tq

    ReplyDelete
  4. Salam nk tye sikit..nk attend ogsp ni nk kene kje dlm oil and gas dlu ke x? Or ogsp passport ni mcm diploma mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ogsp nim macam sijil perlindungan kita sewaktu kerjA..

      Delete
  5. X keje dlm oil n gas pun blh attend ogsp ni. Sebab ogsp ni lah passport utk kita keje dlm bidang oil n gas kelak

    ReplyDelete
  6. hello bro . bole tak kite wakilkan kawan ambil kad niosh ogsp kita ? sy buat dibangi . isnin nie kad siap . tapi sy ada keje . bole ke sy wakilkan kawan sy ?

    ReplyDelete
  7. Bro klau kad ogsp hilang byr denda brapa utk buat kad baru?

    ReplyDelete
  8. kalau dah ada kad cidb, kad ogsp ni tak perlu ambik ke dan sebaliknya? ke kalau nak kerja onshore kena ada dua-dua kad?

    ReplyDelete