Tuesday 27 May 2014

Panduan Semakan Arah Kiblat Berdasarkan Bayang Matahari




Setiap tahun, kita berpeluang menyemak arah kiblat berdasarkan bayang matahari iaitu pada tarikh berikut:

28 Mei (5.16 petang) & 16 Julai (5.28 petang) - tahun biasa
27 Mei (5.16 petang) & 15 Julai (5.28 petang) - tahun lompat

Tahun 2014 tergolong dalam tahun biasa.

Maka pada petang 28 Mei 2014 (esok) nanti, tepat jam 5.16 petang, matahari akan berada amat-amat hampir tegak di atas bangunan Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah.

Apabila sesuatu benda tepat berada di atas sesuatu benda lain yang kita tak nampak, kita boleh gunakan benda tandaan tadi sebagai panduan untuk mencari benda yang tak nampak itu tadi.

Samalah kes-nya pada 28hb ini, disebabkan Kaabah itu sendiri, secara fizikalnya tidak dapat dilihat dengan mata dari Malaysia, nak guna kompas pun tak pandai nak cari azimuth “290 darjah”, atau was-was terhadap sejauh mana betul dan tepatnya kompas itu, maka kita gunalah satu-satunya objek di langit yang mana kita boleh gunakan dengan mudah sebagai rujukan dan panduan arah, iaitu matahari.


Apabila kita lihat apa yang berlaku pada 5.16pm waktu Malaysia, pada tanggal 28 Mei 2014 nanti, di lokasi Mekah, pada saat itu matahari berada sangat-sangat hampir tegak diatas bangunan Kaabah.

Maka, kita ni yang berada di kawasan dan negara lain secara tidak langsung berpeluang menggunakan matahari pada waktu tersebut, untuk mencari arah Kabaah, iaitu arah kiblat kita.

Cara ini amat efektif dan InsyaAllah tiada ralat, kerana kedudukan matahari di langit itu (yang berperanan seperti jarum kompas) tidak akan di pesong oleh gangguan-gangguan seperti besi, yang mana ia boleh menyebabkan jarum kompas magnetik kita ini terpesong jauh dari arah sebenar.

Kita juga tidak perlu tercari-cari nilai 292 darjah (kalau di KL), kerana menerusi kaedah ini kita bukannya menggunakan kompas, tetapi menggunakan kedudukan matahari secara terus.


Cara yang paling mudah untuk mencari arah kiblat pada waktu tersebut ialah:
  • Pacakkan kayu atau tiang, atau tepi dinding bangunan yang tegak tepat 90 darjah
  • Pada jam 5.16 am 28 Mei 2014 nanti, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek tadi.
  • Lukiskan garisan selari dengan bayang-bayang tadi. Arah Kiblat kita akan berada pada arah matahari.

Fenomena ini ada baiknya kerana melatih orang awam untuk berjinak-jinak dengan objek-objek di langit dan tahu kebaikan dan peranan objek tersebut dalam proses ibadah kita setiap hari.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal."

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” - (Surah Ali Imran : 190 - 191)


Sumber - FalakOnline

Sunday 25 May 2014

Jepun Menang Piala Thomas 2014, Malaysia Kempunan Lagi

Jepun muncul juara Piala Thomas apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan sengit yang berlarutan sehingga pemain perseorangan ketiga setiap pasukan. 

Mata pasukan Malaysia dicatat oleh Lee Chong Wei dan pasangan Beregu, Goh V Shem/Tan Wee Kiong. Jepun pula mengutip mata hasil kemenangan beregu Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo, serta perseorangan Kento Momota dan Takuma Ueda.

Kemenangan ini sekaligus mencipta sejarah Jepun untuk memenangi Piala Thomas buat pertama kali dan menyertai negara yang telah memenanginya iaitu China(9 kali), Indonesia (13 kali), Malaysia (5 kali). Ini juga adalah final yang pertama bagi Jepun.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.



Keputusan Penuh

Perseorang Pertama
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago (21-12)(21-16)

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo (21-12)(17-21)(19-21)

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota (15-21)(17-21)

Beregu Kedua
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura (19-21)(21-17)(12-21)    

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Takuma Ueda (12-21)(21-18)(17-21)



Apapun keputusan yang terhasil, yang pasti pemain telah pun berusaha bersungguh-sungguh, malah kemaraan ke final langsung tidak dijangka memandangkan prestasi semasa yang tidak menentu.

Walaupun pasukan Jepun tidak menurunkan Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke sebagai pemain beregu, dan Monkey D. Luffy sebagai perseorangan pertama, mereka masih lagi mampu menewaskan pasukan Malaysia.

Tahniah pasukan Jepun. Tahniah pasukan Malaysia.

RTM Akan Siarkan Perlawanan Akhir Piala Thomas

RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang esok(hari ini) dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM. 

Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final Piala Thomas 2014.

Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014. 

"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang telah membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam. - Bernama

Sumber - SinarHarian

Jadual Final Badminton Piala Thomas 2014 Malaysia vs Jepun

Petang  ni akan berlangsung satu perlawanan penting membabitkan Malaysia iaitu perlawanan akhir Piala Thomas. 

Kali terakhir Malaysia layak ke final ialah pada tahun 2002 di Guangzhou tapi dikalahkan oleh Indonesia dengan keputusan 3-2. Manakala kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada tahun 1992, juga membabitkan perlawanan dengan pasukan Indonesia. Masa tu aku kecik lagi kot. Tadika kot? Masa tu lagu 'Fikirkan Boleh' tengah femes. Sampai sekarang dah jadi macam lagu tema Piala Thomas pulak.


Jepun pula mencatat sejarah memasuki final buat pertama kali dengan menewaskan 'The Great Wall of China'.

Tapi sayyyyangggg...perlawanan ini hanya boleh ditonton di Astro 'Macam-Macam Ada' memandangkan RTM tiada hak penyiaran untuk kejohahan ini. Katanya mamanda menteri sebab kos yang tinggi. Maka rakyat yang tiada Astro terpaksa ke kedai mamak berdekatan untuk menyaksikannya. Atau tunggu saja keputusannya dalam Buletin Utama. Asalnya camtu, tapi dengar kata akan ada siaran di TV1 RTM.

Malaysia vs Jepun
25 Mei 2014
5.30 petang waktu Malaysia

Barisan Kemungkinan

Perseorang Pertama
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota   

Beregu Kedua
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura      

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Takuma Ueda

Semoga berjaya Malaysia. Fikirkan Boleh.


Real Madrid Juara UEFA Champion League 2013/2014

Awal pagi tadi mengikut waktu Malaysia berlangsungnya satu perlawanan akhir bolasepak yang boleh dikira sebagai berprestij mutu serta keunggulan jugak la. Final UEFA Champion League antara Real Madrid dan Atletico Madrid. Boleh dilabel sebagai derby Madrid. Juga Atletico adalah penyandang juara liga BBVA Sepanyol musim 2013/2014.

Cadangnya nak tengok tapi sempat tengok penghujung kedua-dua separuh masa je. Sebab aku terbangun lebih kurang 3.30 pagi  tengok Atletico leading 1-0. Masa tu dah nak abis first half. Sambung tidor balik, tersedar balik pukul 5. Sempat ler tengok jap sebab heret ke masa tambahan. Dramatik jugak ler game sebab score gol penyamaan last minit.

Keputusan penuh:
Real Madrid 4-1 Atletico Madrid
- Diego Godin 36'
- Sergio Ramos 90+3
- Gareth Bale 110'
- Marcelo 118'
- Ronaldo 120'(p)



Petang karang layan Piala Thomas pulak. Malaysia lawan Jepun. 5.30 ptg waktu Malaysia.

Saturday 24 May 2014

DNA Porcine (Al-Khinzir) Dalam Coklat Susu Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk

Kenyataan Media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tentang Pengesanan DNA Porcine Dalam Coklat Susu Dengan Kacang Hazel Cadbury Dairy Milk - 24 Mei 2014



Sidewalk Astronomy Night 2014

Program Sidewalk Astronomy Night ini merupakan satu program di mana beberapa teleskop akan dipasang di kawasan terbuka untuk kegunaan orang awam mencerap objek cakerawala di angkasa lepas menerusinya.

Tarikh: 31 Mei 2014 (Sabtu)
Tempat: Tepian Pantai, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 malam - 10.00 malam

Penyertaan adalah percuma. Jom beramai-ramai hadir ke program ini. Anda berpeluang mencerap bulan, Marikh, Zuhal dan Musytari. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 - 2273 4303.




Malaysia Ke Final Piala Thomas 2014 Bertemu Jepun

Malaysia akhirnya berjaya melangkah dengan bergaya ke final Piala Thomas dengan mengalahkan Indonesia 3-0, pada saat yang mana tidak banyak pihak yang menaruh harapan kepada pasukan Malaysia. 


Jika dilihat hanya Dato Lee Chong Wei yang kelihatan mantap dan konsisten prestasinya sebelum kejohanan. Namun segalanya berubah apabila beregu kedua berjaya menewaskan beregu ranking no. 1 dunia dari Indonesia sekaligus menyuntik semangat "Malaysia Boleh" untuk Chong Wei Feng melengkapkan malam penuh bergaya pasukan Malaysia. Wah, semangat bebenor aku menaip. Keh3.

Bak kate orang Ganu, China dok panda main badminton doh, sebab panda dio ata ke Malaysia doh, sebab tu Malaysia tetiba panda main badminton.


Keputusan penuh:
Dato Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto (21-19)( 21-13)
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (21-19)(8 - 21)(23-21)
Chong Wei Feng vs Dionysius Hayom Rumbaka (21-10)(21-17)

Malaysia akan bertemu pasukan Jepun Ahad ini dalam perlawanan final yang penuh sejarah.

Friday 23 May 2014

'Tembok Besar China' Akhirnya Tumbang

Berita yang paling mengejutkan aku terima hari ni. Jepun mengalahkan China 3-0 dalam semi final Piala Thomas. Sesuatu yang aku langsung tak jangkakan. Aku lebih mengjangkakan pasukan seperti Malaysia atau Indonesia yang akan menewaskan China sebagai satu kuasa besar dalam arena perbadmintonan. Maka otak aku ligat memikirkan mengapa hal ini boleh terjadi.

pemain Jepun, Kento Momota meraikan Jepun mara ke peringkat akhir Piala Thomas

Mungkinkah pemain China mengalami tekanan perasaan melampau akibat perpindahan dua ekor panda ke Malaysia? Adakah itu penyebabnya?

Atau mungkin juga pemain Jepun menggunakan teknik mata Sharingan yang diwarisi oleh kaum Uchiha? Mungkin juga Musang Sembilan Ekor telah memberikan chakuranya secara senyap-senyap kepada pemain Jepun, lantas menjadikan mereka begitu bertenaga dan tak terlawan dek pemain China?

Ah...persyaitonkan itu semua. Sekarang Malaysia tengah lawan Indonesia. Last tengok tadi Lee Chong Wei tengah baru menang mata pertama untuk Malaysia. Moga Malaysia mampu mara ke final Piala Thomas dan menang sekali lagi.



Yang tengah makan nasik goreng ladna,
We Are The Champion - Queen

Memperbaharui Lesen Memandu

Hari ni pergi ke JPJ Cheras niatnya mahu renew lesen memandu. Ekceli ini first time aku nk renew lesen. Jadi aku nak kongsi sedikit pengalaman yang tak seberapa ni.

Apa yang kena bawak?

1# Lesen memandu lama.

2# Kad pengenalan.

3# Gambar. 
Yang ni ada perubahan sikit. Dulu masa aku buat lesen boleh je gambar passport background kaler biru tapi sekarang dorang nak background putih. Pulak dah. Bila masa la korang tukar pon aku tatau. Kat belakang tu pulak ada tempat ambik gambar. 4keping 10 hengget je. Nak pakai sekeping je. Cilakak. Pandai betol buat bisnes.
4# Duit.
Kadarnya 1 tahun = RM30. Maksimum boleh renew sampai 5 tahun. Kalau korang ambik yang 5 tahun kena bayar rm150 la.Tapi sekarang tarikh tamat lesen dah diselaraskan dengan tarikh lahir. Maka tadi aku kena bayar tambahan sebanyak 15hinggit lagi sebab ada lagi 6 bulan nak sampai tarikh lahir aku. Ok bayaran pelarasan tempoh ni aku masih agak blur camne cara pengiraannya. Baca dekat MyEG berapa banyak punya perkataan 'antara' ada. Pening den dibueknyo.

3 jam nunggu siap akhirnya. Untuk 3 tahun. Nak buat 5 tahun duit tak cukup. Kang lari bajet.

atas lesen baru design macam IC. bawah lesen lama.

Panduan:

Banyak problem sebenarnya dengan perkhidmatan kaunter kerajaan nih. Kat sini sebab aku duk cerita pasai JPJ, maka kaunter JPJ la yang aku maksudkan. Kalau tak, takdenye nak menunggu sampai 3 jam. Masuk pukul 8 siap pukul 11.30. Tiga jam setengah to be precise. Dulu kat kampung masa lesen P expired, takde lame benor nunggu nye.

Ke dah kira normal tempoh menunggu tu? Maklum ler, pergi JPJ setahun sekali, at least nak buat roadtax. No wonder abang aku buat online je. Faktor cawangan area KL maybe. Ramai penduduk. Ntah.



Yang menunggu lama,
No Surprises - Radiohead

Thursday 22 May 2014

Anda Pernah Gagal Dalam Hidup?



Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting usaha dan banyak-banyak minta dengan yang Maha Esa. Dan jangan membuat perkara yang mendatangkan dosa.



Yang pernah gagal,
Hall of Fame - The Script feat Will.I.Am

Monday 19 May 2014

Ibu Emak Amma Ummi Mama

Ingat masa hari ibu 11 Mei lepas nak buat satu entri khas sempena hari ibu, tapi memandangkan ada perselisihan pendapat dari segi hukum menyambutnya, aku kensel. Lagipun sepanjang sejarah aku hidup, memang tak pernah sambut hari ibu secara khusus. Tak sambut hari ibu bukan bermakna tak sayang ibu. Banyak cara lagi untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu. Mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat, telefon tanya khabar, kalau ada lebih duit gaji hulur ler sket2.

Dalam soal sambutan tu aku rasa dua2 boleh pakai, sebab dua2 ada hujah dan dalil masing2. So sape nak sambut, silakan, sapa takmau, silakan jugak.

Nak cerita sejarah mak aku sket. Dia lahir dalam era selepas penjajahan Jepun. Tarikh tepat tak diketahui. Kalau ikut sumber yang dipercayai, antara tahun 1947-1951. Sumber ni surat akuan sumpah  dan jugak sumber lisan cerita mak ayah aku. Orang dulu-dulu bila anak lahir bukan terus buat surat beranak. Bidan kampung pulak yang sambut. Kadar untuk surat beranak hilang pon tinggi sebab mungkin masa tu tak timbul sangat kesedaran pentingnya surat beranak. Tambah-tambah kalau bukan orang senang dan berpelajaran.

Mak aku ekolah sampai darjah 4. Kawin mungkin dalam usia 15-19 tahun. Walau tak sekolah tinggi, dia tak biarkan anak-anaknya tak berpelajaran, semua antar ke sekolah at least tamat form 5.

Mak aku masa muda lawa (haha puji mak sendiri, sape lagi nak puji kan). Tapi sayyang...masa tu kamera tak murah macam sekarang. Dalam simpanan mak aku yang pernah aku, cuma dua keping gambar dia masa muda yang aku pernah tengok. Satu gambar kad pengenalan dia yang lama, macam kat gambar bawah ni. Tapi aku cuma sempat tengok je la. Bila dah tukar IC baru, IC lama tu dah serah ke pihak JPN. Aku pun masa tu kecik lagi. Kamera pun takde lagi. Scanner? Hmm...masa tu zaman mesin taip lagi.
contoh IC lama mak aku

Satu lagi gmbar ada dalam album kat rumah, gambar pasport hitam putih. Tapi tak elok la nak post kat sini, sebab tak pakai tudung, gambar ala-ala Mahsuri posing gitew.

Gambar-gambar yang lain tu kebanyakannya ada, bila abang sulung aku dapat kerja. Kamera filem lagi masa tu. Dah jadi barang antik dah kot sekarang. 

barang mainan aku masa kecik kalau dah abis guna
Yang baru tak akan ada kalau tanpa yang lama. Begitu jugak kita. Kita takkan ada di dunia tanpa ayah dan mak kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Sayangilah mak ayah anda sementara mereka masih ada di dunia.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." - (Al-Israa' - 23)

Sunday 18 May 2014

Ringkasan Berita Sukan

  • ISMA kata kaum Cina pendatang.
  • Kerajaan Malaysia nak laksanakan GST manakala rundingan untuk pelaksanaan hudud di Kelantan dibuka semula.
  • Erin Malek dan Redha juara Fear Factor Malaysia musim kedua.
  • Manchester City menang Liga Perdana Inggeris.
  • Ahmad Said buat U-Turn selepas letak jawatan MB Terengganu dan keluar UMNO tapi masuk balik. Anak kawen punya pasal. Katanya.
  • Sevilla menang 4-2 ke atas Benfica (penentuan penalti) selepas terikat 0-0 masa penuh dan masa tambahan.
  • Athletico Madrid seri 1-1 dengan Barcelona sekaligus menjadi juara Liga Sepanyol.
  • Manakala Arsenal bangkit setelah ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Hull City 3-2 dalam final piala FA sekaligus menamatkan kemarau piala.
  • Aku pulak baru je dua hari lepas cabut tunggul gigi geraham selepas bertahun-tahun tak cabut gigi. Sayangilah gigi anda jangan sampai kena buang. Doktor kata muka dah hensem, kalau pakai braces lagi hensem. Woh, doktor pandai main ayat meh.
  • Banyak betei cerita kebelakangan ni, ni tak lama pulak FIFA World Cup Brazil pulak, kalau tak silap 13 Jun first game. 25 Mei ni layan final Chempien League dulu.
  • Hari ni kalau tak silap akan bermulanya Piala Thomas & Uber yang turut membabitkan Malaysia. Tak nampak sangat promo even Malaysia terlibat. Media banyak fokus kat bolasepak je kot. Padahal Malaysia tak main pon bolasepak dalam WorldCup.
  • Dan 31 Mei pulak Malaysia main dalam Hoki Piala Dunia.

Persoalannya, di manakah MH370 sekarang? Sejujurnya aku masih berharap yang pesawat ni akan dijumpai walau harapannya cuma 0.01 peratus.


P/s: Pagi ni bangun nak pi jogging tapi motor pancit masa separuh jalan nak pegi taman, pusing balik umah terus tak tau nak buat pa. Jap gi pi repair motor.sikal. Sebelum terlupa saya nak tujukan lagu khas buat Mat Said berjudul Menyesal nyanyian Sixth Sense.



Hujan Meteor Meragut Lalang



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata Angkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.

Sumber MStar dan Earthsky

Saturday 17 May 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

Assalamualaikum dan salam sejahterakan.
Masa blogwalking terjumpa satu giveaway dari blogger HasrulHassan tetiba aku rasa nak join lah pulak. Klik banner di bawah untuk join sekaki. (tarikh tutup 21 Mei 2014)


"Ada insan yang tahu membaca, menulis dan mengira lalu mengajarku alif ba ta dan mengira sehingga sejuta. 
Ada insan yang buta huruf lalu menghadiahkan kepadaku sejalur cahaya. 
Ada insan yang tidak sampai ke menara gading namun kepadaku diberikan kisah kehidupan sebagai pedoman zaman berzaman.
Jasa kalian tidak terbalas dengan wang berjuta, emas mahupun intan permata."

"Selamat Hari Guru."

Friday 16 May 2014

Liebster Award


Assalamualaikum dan salam sejahterakan.

Liebster Award ini ditaja oleh Shah Hohoy. Dah seminggu dah arini baru rasa free. Hari ni ada masa sket boleh la jawab soalan yang hohoy bagi. First time untuk blog ni sebenarnya. Just untuk suka-suka je kan sambil buat networking blog. Moh layan soklan dia.

1. what is the name of your first pet?
Cindai. Seekor kucing. Tapi dah mati

2. do you have a crush?
Ada, mesti punya. Tapi my crush ramai dah kawin. Maka hati aku pulak yang crush.

3. If someone say that he/she loves you, what would you say?
Actually pernah berlaku kat diri aku. Kaku sekejap, darah naik kek kepala. Apa aku cakap eh? Dah lupa. ahahaha.

4. What color shirt are you wearing now?
Kuning.

5.do you ever feel awkward? with whom?
Pernah. Ramai nak sebut, tak terkira.

6. hobby?
Blogging, main game.

7. Who is beside you now?
Alone.

8. are we friends?
Yup, kita kawan seperbloggingan.

9. what is your real name?
Nama betul PirateKing. Tp kalau blogwalking aku biasa guna nama arippp, sarippp, arippin mahupun arippudin. Ok lah. itu semua merapu. Nama betol, Mohd Arif Faruqi.

10. favorite place for holiday?
Teringin nak pergi Sarawak. Bukan sebab nak angkat bakul Hohoy tapi dari dulu lagi nak pergi tak tercapai lagi.

11. Do you really feel annoying with this question?
Ok je. Just for fun right?

Rules
1-Mention the people who nominated you with a link to their blog
2-Answer 11 asked questions
3-Nominate 11 other bloggers with a smaller following but with lots of potential.
4-Create 11 of your own questions for them to answer
5-Notify your nominate

Ok. kat bawah senarai blogger yang kena tag beserta soalan cepumas. Selamat menjawab.

9. Dawia
10. Nad


1. Pernah tak meniru dalam exam? or bawak toyol masa exam?
2. Special question sempena Hari Guru. Nama cikgu yang korang rasa paling best pernah ngajar korang.
3. Menulis guna tangan kanan atau kidal?
4. Berapa orang adik beradik?
5. Genre music yang korang minat?
6. Favourite film?
7. Jika anda diberi peluang berlakon sebagai hero/heroin dalam sebuah filem, siapakah yang korang mahu sebagai pasangan?Sebab?
8. Destinasi percutian paling jauh pernah pergi?
9. Aktiviti mencabar yang korang teringin buat?
10. Saat terindah dalam hidup setakat ini?
11. Asal dari mana. Skema jawapan: Banting, Selangor.

Itu saja soalannya. By the way, thanks for your time, thanks to Hohoy juga. Mungkin yang kena tag tu dah pernah kena dengan orang lain. It's ok.  Have a nice day. Sekian.


Selamat Hari Guru Cikgu!




"Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola"
"Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidur, cikgu suka tidur"

Dialog dari felem Masam Masam Manis tentang Shaari yang suka tido dalam kelas. Siapa yang jadi cikgu jangan tiru perangai Cikgu Shaari ye. Takut rezeki tak berkat.

16 Mei. Standard lah. Hari Guru.

Tanpa guru, tiadalah berkembang ilmu ke serata pelusuk alam. Guru pertama yang mengajar kita erti kehidupan ialah ibu dan ayah. Merekalah yang mengajar kita merangkak, berenang, bercakap. Teringat satu ketika dahulu aku pernah kena marah dengan mak sebab makan nasi guna tangan kiri, masa tu rasanya belom masuk tadika lagi. Kidal punya pasal. Masuk tadika tu dah boleh guna tangan kanan.

Pastu masuk tadika. Sekolah rendah. Sekolah menengah. Sekolah Mengatas. Matriks. Unibersiti. Matriks Reloaded. Semua yang mengajar aku ialah guru. Mungkin gelarannya berbeza, cikgu, pensyarah, ustaz, ustazah. Namun semuanya tetap menggalas tanggungjawab yang sama untuk mengajar anak bangsa menjadi insan yang berguna. Pergh... ayat dah macam karangan bahasa Melayu darjah 6.

Dalam famili pun ada tiga orang adik beradik aku jadi cikgu. Tiga-tiga kawin dengan cikgu. Aku sendiri pon pernah dapat temuduga untuk guru J-QAF tapi tak pergi interview sebab rasa tak layak nak mengajar subjek pendidikan Islam. Perangai pon gila-gila sket. Degree pon takde related langsung ngan subjek pengajian Islam. Even ada member yang cakap rugi tapi biarlah orang ikhlas mengajar dapat kerja tu, ye dak? Ceh, sembang macam dah dapat je, padahal baru temuduga. hewhewhew.

Yang mengajar mengaji Al-Quran pulak aku tak panggil ustazah tapi panggil "Makcik". Dah lekat nama tu zaman berzaman sejak dia mula mengajar. Tapi beliau dah meninggal, masa tu aku kat Matriks rasanya. Tak sempat pegi melawat masa Allahyarham meninggal. Banyak gak kenangan kat situ, seberang jalan tempat dia mengajar tu hospital psikiatri. Kadang-kadang ada sorang dua orang gila terlepas datang kacau budak-budak mengaji. Yang gila curi basikal pon ada. Aku pon gila gak, tapi gila kat cucu makcik tadi, muka iras-iras Siti Nurhaliza, lagi lawa dari Siti kot. Crush dalam hati sajalah. huhuuhu.

Cikgu-cikgi yang mengajar aku selama ni kebanyakan dah lost contact tapi budi dan jasa cikgu tetap saya kenang. 

Cuma kerjaya sebagai guru zaman sekarang lebih mencabar berbanding zaman dahulukala. Dulu rotan tu dah kira perkara biasa. Dulu budak-budak tak repot kat mak ayah kalau kena denda kat sekolah, sebab takut dapat 'hukuman tambahan' dari parent. Sekarang kena jentik sket mak ayah dah nak saman bagai. Tapi tak dinafikan ada certain kes yang memang guru bersikap melampau sehingga membawa kecederaan serius atau membawa kepada kes-kes rogol atau jenayah mahupun perkauman.

Dulu pon ada kes mak ayah serang sekolah tapi tak ketara. Mungkin juga dulu takdak twitter facebook dan juge insetageram. Tapi itu zaman dulu. Zaman sekarang ikut zaman sekarang lah.


Sajak kat bawah ni adalah nukilan Allahyarham Usman Awang@Tongkat Warrant aku tujukan kepada semua guru-guru di seluruh dunia, yang pernah mengajar aku mahupun tidak, guru besar, guru disiplin serta tak lupa Narayan Shankar,pengetua sekolah Gurukul.

Sajak Guru Oh Guru - Usman Awang (1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Selamat Hari Guru Cikgu!
Selamat Hari Jumaat juga.

Monday 5 May 2014

Sehari Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL)

Semalam merupakan hari terakhir bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bertempat di PWTC. Biasa kalau hari last ni banyak benda boleh tengok, diskaun, persembahan, awek cun ataupun kedai buat jualan murah nak abiskan stok. Yang konfem hari last mesti ramai orang. Hujung minggu kan.

Maka aku pun pergi la jugak dengan beberapa tujuan:
1. Nak cari buku baru Ramlee Awang Murshid.
2. Hujung minggu tak tau nak buat apa.
3. Nak cuci spek mata.

Hajat aku nak beli buku Sunan Musafir, Magis dan Nanggroe Sang Kembara. Sekaligus lah. Bajet 50 hinggit je. Lepas Zohor terus pegi, naik LRT.

Sampai je tu dia baq hang. Ramai punya olang mali. Dekat stage ada program ape ntah. Rasanya penaja punya program.

boring bebenor pakcik sume letak tangan atas kapla

Pastu aku pegi masuk dewan pameran buku Karangkraf kat Dewan Tun Dr Ismail. Cari buku RAM. Ada buku Sunan - Nanggroe Sang Kembara je. Magis dan Sunan Musafir dah abis rasanya. Hok aloh. Takkan nak langkah bendol pulak. Kena ikut turutan baru best baca. Tak jadi beli lah camni. Buku lain ada tapi aku dah baca. Ranggau, Tombiruo, Adam semua ada.

Aku pegi pusing sume tingkat. Kat tingkat atas tak ramai sangat orang. Yang paling sesak tingkat bawah kot. Kalau tingkat atas tu dah ada kedai yang tengah kemas-kemas barang nak balik, mungkin buku dorang tak dapat sambutan sangat.



Dan waktu aku decide tak mau beli apa-apa buku, terdengar ada dua orang mamat tengah syok bersembang.

"Buku Terfaktab tu best la, kau tak nak beli ke?". Mamat Nombor 1 berkata.
"Duit aku tak cukup la, baucer buku pon dah guna." Mamat Nombor 2 jawab.

Aku pernah dengar nama Terfaktab. Tapi ingat-ingat lupa. Rasanya pernah terjumpa bila google secara rambang. Aku pun pegi usha. Dewan sebelah je. Nasib baik tingkat bawah je. Kaki dah lenguh dah berjalan.

Lama aku kat situ nak cari mana satu buku nak beli. Rasanya gaya penulisan buku mereka jenis ala-ala indie dan sedikit lari dari gaya penulisan mainstream.

Sejam lepak kat situ akhirnya aku pilih dua buah buku. Permata Yang Hilang Kini Dijumpai dan Kamar Sutera karangan Hamka Kereta Mayat. Hamka ni penulis blog. Aku rasa pernah terbaca blog dia. Tapi dua buku tu rege dia rm50. Disebabkan kalau beli 3 buku cuma rm50 maka aku tanya awek yang jaga booth tu mana buku yang best. Dia kasik aku buku Kechai karangan Amirul Bozu. Sape Amirul Bozu? Ntah, aku pon baru first time dengar.Haha.

gambar ni ambik kat umah

Ok. Buku Permata Yang Hilang Kini Dijumpai secara asasnya tiada kaitan dengan buku Permata Yang Hilang, manakala Kamar Sutera juga tiada kaitan langsung dengan buku Kamasutra.

Sebelum balik snap gambar barang sekeping dua.



dan-dan pakcik makcik ni nampak aku nak amik gmbr terus bersembang kat depan tu.




Buku dah dapat. Kaki lenguh dah dapat. Tapi tak ingat mintak nombor fon awek booth Terfaktab tadi. Comeyyy.

P/S: Memetik status facebook seorang rakan, apabila kita membeli buku, kita ada dua kemungkinan iaitu sama ada kita akan baca buku atau tak baca buku. tapi kalau kita tak beli buku, kita cuma ada satu kemungkinan sahaja, iaitu kita tak akan baca buku.


Yang mencari dan masih mencari,
Starlight - Muse






Abang Long Fadil The Movie (29 Mei 2014)

Sekali tertengok trailer filem Abang Long Fadil ni macam best jugak. Dah rupe cam gaya stephen chow punye filem nampak gaya. Rasa cam nak pi nengok je 29 Mei ni. Sekadar release tension bleh. Eh?
Ada certain scene yang menarik bagi aku:
1. Scene 3 orang pendekar kampung Berani tengah berlawan
2. Tauke jilat sos cili/tomato kat pedang/pisau
3. Zizan tangkap pisau guna gigi (macam rajnikanth)
4. Bumblebee

Cuma aku agak skeptikal dengan filem sebegini. Mengharapkan kepopularan filem asal mungkin untuk menarik penonton. Dan juga industri filem Malaysia ni bermusim. Kalau satu filem tu menjadi, sume pakat nak filem genre yang sama. Musim filem hantu, cinta, lawak, gangster. Sekarang ni musim ape ntah.



Yang skeptikal,
Bawaku Pergi - Jijan feat Kaka