Monday, 24 February 2014

Sarang Labah-Labah

Genap sebulan lebih kurang tak update belog, pabila kemalasan menguasai suasana. Sape kate tulis blog senang? Keh3. Aku menulis sekadar suka - suka jer pon.

Semalam pegi joging dekat Tasik Permaisuri terjumpa member lama. Tak expect nak jumpa dia even aku tau dia duduk dekat2 situ je pon. Banyak yang sempat dibualkan walaupon jumpa tak lama. Antaranya pasai keje yang tak abis2. Itu pun dia curi-curi masa lapang nak pegi joging. Member yang sorang ni suka join marathon. Joging/training untuk marathon la kiranya. Aku pun dah mula sukakan join aktiviti camni. Sebelum ni asyik pegi joging je. Takdela duk pikior pasal koje je kan?

Tahun ni aku ingat nak belajar berenang lah. Rasa rugi plak kat flat ada kolam tapi tapegi turun sebab tak reti berenang. Hew3. Sedihnya. 

Bila semak balik, berenang ni salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. selain memanah dan berkuda. Yang pastinya tiga-tiga benda tu aku tak reti. huhu. Eh memanah pernah la pegi dekat Stars Archery kat Times Square. Member ajak masa tu. Ketaq tangan aku nak tarik anak panah. Haha.


Okeh. Pasang niat. Minggu ni turun kolam renang belajar threading water.



24 Februari 2014
KL City
Sadness and Sorrow - Toshiro Masuda

No comments:

Post a Comment