Sejak dua menjak ni Malaysia penuh dengan cerita mahupun berita. Bermula dengan kontroversi Shaarnaz Ahmad dan Lisdawati. Kisah perkahwinan Liyana Manan, Mr. R dan juga Hanez Suraya. Sol dah kawen walaupon kena denggi. Itu cerita artis.
Masuk cerita bola. Manchester United masih terumbang ambing dengan nasib David Moyes masih tidak menentu. Kelantan menewaskan Lions XII walaupun bermain dengan 10 orang pemain, lantas menuju ke puncak liga buat sementara, manakala JDT dan Terengganu mengekori dari belakang.
Cerita politik pulak gempar seketika dengan DatoSeri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah meliwat Saiful Bukhari. Lantas tidak layak untuk menjadi calon pilihanraya kecil Kajang.
Sehari kemudian (semalam) bukak je Facebook, newsfeed pagi dimulakan dengan kisah pesawat MAS hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sepatutnya sampai di Beijing pukul 6.30 pagi. Masuk waktu tengahari dah bermacam-macam cerita keluar. Ada yang kata dah selamat mendarat di Nanming. Ada berita mengatakan terhempas di perairan Vietnam. Yang paling tak tahan semua berlumba-lumba nak jadi orang pertama yang mendapatkan berita terkini. Kenyataan bodoh dan bangang mula keluar, tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga mangsa.
Masuk hari ni lagi banyak orang-orang yang mengeluarkan status2 bangang. Mungkin lawak/serius bagi mereka tapi tak kena pada masa dan tempat dan keadaan.
Ok. Bagi aku satu je yang pelik dalam kes kapal terbang hilang ni. Dua orang penumpang menaiki kapalterbang menggunakan passport curi. Secara automatik sel-sel otak aku terus berhubung membuat teori konspirasi ejensi perisikan asing.haha. Yep, dah rasa macam dalam movie pulak. Mungkin akibat terlalu banyak tengok cerita macam Chuck, The Blacklist dan juga James Bond. Ok, lupakan pasal teori konspirasi. Just my imagination. Maybe.
Apa-apa pun, yang penting kita terus berdoa agar semua mangsa MH370 selamat. Andaikata terkorban, moga-moga urusan Search & Rescue (SAR) berjalan lancar dan segala persoalan dapat dirungkai.
Yang pasti, doa itu senjata orang mukmin.
No comments:
Post a Comment