Dah masuk pukul 12 aku masih tak mengantuk lagi. Dah masuk hari Jumaat pun. Maka aku nak buat entri pasal satu amalan yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. pada hari Jumaat.
Rasanya ramai di kalangan kita sudah tahu tentang kelebihan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Bahkan terdapat hadis sahih tentang fadhilat tentang surah tersebut. Takpelah, kita anggap sebagai tazkirah saja. Tazkirah tu pun sendiri bermaksud peringatan. Tazkirah untuk diri aku sendiri dan juga orang lain. Moga kita tidak alpa dengan dunia yang penuh dengan pancaroba. Giteww.
Dan aku pun tak lah perfect selalu baca. Kadang-kadang terlupa jugak.
Sedikit info ringkas tentang surah ni.
Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat. Merupakan surah Makkiyah. Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada Allah, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
Waktu disunnahkan membaca surah Al-Kahfi dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar.
Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:
1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)
3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal
Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)
Imam Nawawi berkata,
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."
Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)
Demikian ler antara 3 kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, semoga semakin memotivasi kita untuk mengamalkannya.
Kalau diikutkan sekarang kita sudah berada di penghujung zaman. Bila-bila masa saja Dajjal mungkin akan muncul. Hoih nak cerita pasal Dajjal ni pulak tak abih. Esok la pulak sambung. Nak tidoq dulu.
Yang insaf walau barang sebentar,
Takdak lagu
No comments:
Post a Comment