Assalamualaikum.
Salam sejahterakannya pon.
Kali terakhir aku berkecimpung dalam dunia blog adalah 4 tahun yang lepas. Tu pun takdelah aktif sangat. Tapi tetiba harini rasa nak bukak balik blog lama tu. Dan tetiba jugak rasa nak buat blog baru. Blog baru. Ya. Buka cerita baru. Dan rasa nak menulis segala benda yang tersimpan dalam kepala otak ni. Aku tak mengharapkan orang membaca. Kalau ada yang terbaca, yang baik tu jadikan tauladan, yang buruk tu jadikan sempadan.
Dulu ada friendster, myspace, tagged, skype, YM, dan juga blogspot. Facebook kenal masa hujung2 aku dah nak grad. Sekarang dah macam mak nenek ada. Whatsapp, Twitter, Google Plus, Instagram dll. Tak terkejar aku. Dan blog antara yang masih bertahan. Friendster dah jadi pekebende pon taktau, masih ada tapi fungsi tak macam dulu.
Blog. Kenapa aku tetiba membelogkan diri sekali lagi? Sebabnya aku nak menulis. Idea kat kapla otak kadang2 banyak tapi tak dikeluarkan, tup-tup orang lain amik idea tu dan kembangkan jadi something yang menarik. Instagram sekadar upload gambar. Facebook sekadar alternatif komunikasi. Twitter so short.
Cukup dulu sekadar pemanas blog. Panjang sangat tak elok. Merapu jadinya. Tapi itu yang aku suka. Merapu meraban. (asalnya dulu pernah berangan nak jadi penulis novel part time).
Done here today. Nice to meet you my blog.
Yang membelog,
PirateKing™
Jam 1633
18 Disember 2013/15 Safar 1435
KLCC
No comments:
Post a Comment