"Kenapa Kapten Zaharie mempunyai flight simulator di rumahnya?"
"Simulator flight bukan game dan bukannya murah. Jarang sekali ada orang yang mahu membawa balik kerja ke rumah."
Kenyataan di atas dipetik daripada beberapa laman Facebook yang membicarakan tentang isu kapal terbang hilang. Kebanyakannya berbaur seolah-olah beliau adalah perancang utama kejadian tersebut.
Aku tidak mengatakan Kapten Zaharie, iaitu juruterbang pesawat MH370 tidak bersalah. Namun agak kurang adil untuk menyalahkan beliau hanya kerana di rumahnya terdapat simulasi penerbangan. Setakat yang diketahui, mempunyai simulator tidaklah menjadi kesalahan. Perbandingan yang boleh dibuat ialah seorang pemain badminton mempunyai raket sendiri di rumah untuk tujuan latihan, selain raket di gelanggang latihan rasmi.
Aku ingin berkongsi cerita seorang kawan serumah semasa belajar dulu. Kami satu batch dalam fakulti kejuruteraan kimia, dan dalam seramai-ramai pelajar tu, dia seorang yang minat dengan dunia penerbangan. Siap ada flight simulator joystick lagi. Pebende tu? Ok tengok gambor kat bawah.
Gambar kat ataih ni joystick untuk flight simulator. Dan member aku ni memang install flight simulator software kat laptop dia, selain game yang berbentuk perang menggunakan kapal terbang. Mula-mula memang rasa pelik. Orang lain duk main dota, need for speed, tapi dia sorang main flight simulator. Berjam-jam duk main simulator, sebijik macam pilot lah. Kena bawak kapalterbang dari sesuatu tempat ke satu tempat. Cuma flight simulator member aku punya ni yang basic jelah, cuma guna laptop, mouse, joystick dan keyboard saja. Taklah canggih macam kapten Zaharie punya. Setaraf la dengan standard masa tu cuma pelajar universiti.
Sekarang member aku tu dah keje sebagai engineer kat Petronas. Tak taulah kalau dia masih tetap dengan hobi thorbang ke tak. Mungkin flight simulator yang dia ada pun lagi advance dah sekarang.
Cuma yang aku nak perkatakan kat sini, setiap orang ada minat masing-masing. Ada yang minat dengan DSLR, gitar, kereta remote control, ada yang minat motosikal, ada yang minat kereta modified bagai. Macam-macam ada. It's all about passion. Kalau dah minat, tade hal punya lah. Jadi, buka minda dan elakkan membuat baseless accusation. Dont jump to conclusion too early.
Berbalik kepada kisah pesawat hilang. Kalau ikut logik, seorang pilot tu takde pepasal nak bawak lari pesawat ke tempat lain tanpa sebab kukuh. Kalau kena hijack, pastu pistol acu kat kepala, confirm nyawa lagi penting. Dan yang pasti keselamatan ratusan penumpang terletak di bahu seorang pilot,.........................dan juga co-pilot. Tak hairan la jugak gaji diorang memang besar. Tanggungjawab pun besar. Dan kes ni pun pihak berkuasa masih siasat lagi.
Akhir kata, semoga pesawat MH370 dapat ditemui secepat mungkin.
Yang tak reti main flight simulator.
Breaking The Habit - Linkin Park