Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

Jepun Menang Piala Thomas 2014, Malaysia Kempunan Lagi

Jepun muncul juara Piala Thomas apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan sengit yang berlarutan sehingga pemain perseorangan ketiga setiap pasukan. 

Mata pasukan Malaysia dicatat oleh Lee Chong Wei dan pasangan Beregu, Goh V Shem/Tan Wee Kiong. Jepun pula mengutip mata hasil kemenangan beregu Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo, serta perseorangan Kento Momota dan Takuma Ueda.

Kemenangan ini sekaligus mencipta sejarah Jepun untuk memenangi Piala Thomas buat pertama kali dan menyertai negara yang telah memenanginya iaitu China(9 kali), Indonesia (13 kali), Malaysia (5 kali). Ini juga adalah final yang pertama bagi Jepun.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.



Keputusan Penuh

Perseorang Pertama
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago (21-12)(21-16)

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo (21-12)(17-21)(19-21)

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota (15-21)(17-21)

Beregu Kedua
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura (19-21)(21-17)(12-21)    

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Takuma Ueda (12-21)(21-18)(17-21)



Apapun keputusan yang terhasil, yang pasti pemain telah pun berusaha bersungguh-sungguh, malah kemaraan ke final langsung tidak dijangka memandangkan prestasi semasa yang tidak menentu.

Walaupun pasukan Jepun tidak menurunkan Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke sebagai pemain beregu, dan Monkey D. Luffy sebagai perseorangan pertama, mereka masih lagi mampu menewaskan pasukan Malaysia.

Tahniah pasukan Jepun. Tahniah pasukan Malaysia.

Jadual Final Badminton Piala Thomas 2014 Malaysia vs Jepun

Petang  ni akan berlangsung satu perlawanan penting membabitkan Malaysia iaitu perlawanan akhir Piala Thomas. 

Kali terakhir Malaysia layak ke final ialah pada tahun 2002 di Guangzhou tapi dikalahkan oleh Indonesia dengan keputusan 3-2. Manakala kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada tahun 1992, juga membabitkan perlawanan dengan pasukan Indonesia. Masa tu aku kecik lagi kot. Tadika kot? Masa tu lagu 'Fikirkan Boleh' tengah femes. Sampai sekarang dah jadi macam lagu tema Piala Thomas pulak.


Jepun pula mencatat sejarah memasuki final buat pertama kali dengan menewaskan 'The Great Wall of China'.

Tapi sayyyyangggg...perlawanan ini hanya boleh ditonton di Astro 'Macam-Macam Ada' memandangkan RTM tiada hak penyiaran untuk kejohahan ini. Katanya mamanda menteri sebab kos yang tinggi. Maka rakyat yang tiada Astro terpaksa ke kedai mamak berdekatan untuk menyaksikannya. Atau tunggu saja keputusannya dalam Buletin Utama. Asalnya camtu, tapi dengar kata akan ada siaran di TV1 RTM.

Malaysia vs Jepun
25 Mei 2014
5.30 petang waktu Malaysia

Barisan Kemungkinan

Perseorang Pertama
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota   

Beregu Kedua
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura      

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Takuma Ueda

Semoga berjaya Malaysia. Fikirkan Boleh.


Saturday, 24 May 2014

Sidewalk Astronomy Night 2014

Program Sidewalk Astronomy Night ini merupakan satu program di mana beberapa teleskop akan dipasang di kawasan terbuka untuk kegunaan orang awam mencerap objek cakerawala di angkasa lepas menerusinya.

Tarikh: 31 Mei 2014 (Sabtu)
Tempat: Tepian Pantai, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Masa: 8.00 malam - 10.00 malam

Penyertaan adalah percuma. Jom beramai-ramai hadir ke program ini. Anda berpeluang mencerap bulan, Marikh, Zuhal dan Musytari. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03 - 2273 4303.




Malaysia Ke Final Piala Thomas 2014 Bertemu Jepun

Malaysia akhirnya berjaya melangkah dengan bergaya ke final Piala Thomas dengan mengalahkan Indonesia 3-0, pada saat yang mana tidak banyak pihak yang menaruh harapan kepada pasukan Malaysia. 


Jika dilihat hanya Dato Lee Chong Wei yang kelihatan mantap dan konsisten prestasinya sebelum kejohanan. Namun segalanya berubah apabila beregu kedua berjaya menewaskan beregu ranking no. 1 dunia dari Indonesia sekaligus menyuntik semangat "Malaysia Boleh" untuk Chong Wei Feng melengkapkan malam penuh bergaya pasukan Malaysia. Wah, semangat bebenor aku menaip. Keh3.

Bak kate orang Ganu, China dok panda main badminton doh, sebab panda dio ata ke Malaysia doh, sebab tu Malaysia tetiba panda main badminton.


Keputusan penuh:
Dato Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto (21-19)( 21-13)
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (21-19)(8 - 21)(23-21)
Chong Wei Feng vs Dionysius Hayom Rumbaka (21-10)(21-17)

Malaysia akan bertemu pasukan Jepun Ahad ini dalam perlawanan final yang penuh sejarah.

Friday, 23 May 2014

'Tembok Besar China' Akhirnya Tumbang

Berita yang paling mengejutkan aku terima hari ni. Jepun mengalahkan China 3-0 dalam semi final Piala Thomas. Sesuatu yang aku langsung tak jangkakan. Aku lebih mengjangkakan pasukan seperti Malaysia atau Indonesia yang akan menewaskan China sebagai satu kuasa besar dalam arena perbadmintonan. Maka otak aku ligat memikirkan mengapa hal ini boleh terjadi.

pemain Jepun, Kento Momota meraikan Jepun mara ke peringkat akhir Piala Thomas

Mungkinkah pemain China mengalami tekanan perasaan melampau akibat perpindahan dua ekor panda ke Malaysia? Adakah itu penyebabnya?

Atau mungkin juga pemain Jepun menggunakan teknik mata Sharingan yang diwarisi oleh kaum Uchiha? Mungkin juga Musang Sembilan Ekor telah memberikan chakuranya secara senyap-senyap kepada pemain Jepun, lantas menjadikan mereka begitu bertenaga dan tak terlawan dek pemain China?

Ah...persyaitonkan itu semua. Sekarang Malaysia tengah lawan Indonesia. Last tengok tadi Lee Chong Wei tengah baru menang mata pertama untuk Malaysia. Moga Malaysia mampu mara ke final Piala Thomas dan menang sekali lagi.



Yang tengah makan nasik goreng ladna,
We Are The Champion - Queen

Sunday, 18 May 2014

Hujan Meteor Meragut Lalang



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan juraian hujan meteor daripada Komet 209P/Linear pada 23 dan 24 Mei ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyatakan kira-kira 100 hingga 400 meteor sejam dapat dilihat dengan mata kasar pada malam itu.

"Titik hujan meteor ini adalah daripada buruj Camelopardalis di langit utara dan dijangka masa puncak hujan meteor ini adalah pada 6UTC hingga 8UTC iaitu dari 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan," kata Angkasa dalam kenyataan hari ini.

Hujan meteor itu boleh dilihat di kawasan yang kurang mengalami pencemaran cahaya dan bergantung kepada keadaan cuaca langit malam kawasan itu.

Selain keadaan cuaca dan awan tebal, kebarangkalian untuk menyaksikan meteor itu berkurangan sedikit kerana terdapat bulan sabit tua yang akan terbit kira-kira 3 pagi pada tarikh hujan meteor itu.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melihat hujan meteor disaran berbuat demikian sebelum bulan terbit iaitu sebelum 3 pagi kedua-dua hari berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734303 atau Observatori Negara Langkawi di talian 04-9668870.

Sumber MStar dan Earthsky

Friday, 16 May 2014

Selamat Hari Guru Cikgu!




"Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola"
"Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidur, cikgu suka tidur"

Dialog dari felem Masam Masam Manis tentang Shaari yang suka tido dalam kelas. Siapa yang jadi cikgu jangan tiru perangai Cikgu Shaari ye. Takut rezeki tak berkat.

16 Mei. Standard lah. Hari Guru.

Tanpa guru, tiadalah berkembang ilmu ke serata pelusuk alam. Guru pertama yang mengajar kita erti kehidupan ialah ibu dan ayah. Merekalah yang mengajar kita merangkak, berenang, bercakap. Teringat satu ketika dahulu aku pernah kena marah dengan mak sebab makan nasi guna tangan kiri, masa tu rasanya belom masuk tadika lagi. Kidal punya pasal. Masuk tadika tu dah boleh guna tangan kanan.

Pastu masuk tadika. Sekolah rendah. Sekolah menengah. Sekolah Mengatas. Matriks. Unibersiti. Matriks Reloaded. Semua yang mengajar aku ialah guru. Mungkin gelarannya berbeza, cikgu, pensyarah, ustaz, ustazah. Namun semuanya tetap menggalas tanggungjawab yang sama untuk mengajar anak bangsa menjadi insan yang berguna. Pergh... ayat dah macam karangan bahasa Melayu darjah 6.

Dalam famili pun ada tiga orang adik beradik aku jadi cikgu. Tiga-tiga kawin dengan cikgu. Aku sendiri pon pernah dapat temuduga untuk guru J-QAF tapi tak pergi interview sebab rasa tak layak nak mengajar subjek pendidikan Islam. Perangai pon gila-gila sket. Degree pon takde related langsung ngan subjek pengajian Islam. Even ada member yang cakap rugi tapi biarlah orang ikhlas mengajar dapat kerja tu, ye dak? Ceh, sembang macam dah dapat je, padahal baru temuduga. hewhewhew.

Yang mengajar mengaji Al-Quran pulak aku tak panggil ustazah tapi panggil "Makcik". Dah lekat nama tu zaman berzaman sejak dia mula mengajar. Tapi beliau dah meninggal, masa tu aku kat Matriks rasanya. Tak sempat pegi melawat masa Allahyarham meninggal. Banyak gak kenangan kat situ, seberang jalan tempat dia mengajar tu hospital psikiatri. Kadang-kadang ada sorang dua orang gila terlepas datang kacau budak-budak mengaji. Yang gila curi basikal pon ada. Aku pon gila gak, tapi gila kat cucu makcik tadi, muka iras-iras Siti Nurhaliza, lagi lawa dari Siti kot. Crush dalam hati sajalah. huhuuhu.

Cikgu-cikgi yang mengajar aku selama ni kebanyakan dah lost contact tapi budi dan jasa cikgu tetap saya kenang. 

Cuma kerjaya sebagai guru zaman sekarang lebih mencabar berbanding zaman dahulukala. Dulu rotan tu dah kira perkara biasa. Dulu budak-budak tak repot kat mak ayah kalau kena denda kat sekolah, sebab takut dapat 'hukuman tambahan' dari parent. Sekarang kena jentik sket mak ayah dah nak saman bagai. Tapi tak dinafikan ada certain kes yang memang guru bersikap melampau sehingga membawa kecederaan serius atau membawa kepada kes-kes rogol atau jenayah mahupun perkauman.

Dulu pon ada kes mak ayah serang sekolah tapi tak ketara. Mungkin juga dulu takdak twitter facebook dan juge insetageram. Tapi itu zaman dulu. Zaman sekarang ikut zaman sekarang lah.


Sajak kat bawah ni adalah nukilan Allahyarham Usman Awang@Tongkat Warrant aku tujukan kepada semua guru-guru di seluruh dunia, yang pernah mengajar aku mahupun tidak, guru besar, guru disiplin serta tak lupa Narayan Shankar,pengetua sekolah Gurukul.

Sajak Guru Oh Guru - Usman Awang (1979)

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Selamat Hari Guru Cikgu!
Selamat Hari Jumaat juga.

Monday, 5 May 2014

Sehari Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL)

Semalam merupakan hari terakhir bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bertempat di PWTC. Biasa kalau hari last ni banyak benda boleh tengok, diskaun, persembahan, awek cun ataupun kedai buat jualan murah nak abiskan stok. Yang konfem hari last mesti ramai orang. Hujung minggu kan.

Maka aku pun pergi la jugak dengan beberapa tujuan:
1. Nak cari buku baru Ramlee Awang Murshid.
2. Hujung minggu tak tau nak buat apa.
3. Nak cuci spek mata.

Hajat aku nak beli buku Sunan Musafir, Magis dan Nanggroe Sang Kembara. Sekaligus lah. Bajet 50 hinggit je. Lepas Zohor terus pegi, naik LRT.

Sampai je tu dia baq hang. Ramai punya olang mali. Dekat stage ada program ape ntah. Rasanya penaja punya program.

boring bebenor pakcik sume letak tangan atas kapla

Pastu aku pegi masuk dewan pameran buku Karangkraf kat Dewan Tun Dr Ismail. Cari buku RAM. Ada buku Sunan - Nanggroe Sang Kembara je. Magis dan Sunan Musafir dah abis rasanya. Hok aloh. Takkan nak langkah bendol pulak. Kena ikut turutan baru best baca. Tak jadi beli lah camni. Buku lain ada tapi aku dah baca. Ranggau, Tombiruo, Adam semua ada.

Aku pegi pusing sume tingkat. Kat tingkat atas tak ramai sangat orang. Yang paling sesak tingkat bawah kot. Kalau tingkat atas tu dah ada kedai yang tengah kemas-kemas barang nak balik, mungkin buku dorang tak dapat sambutan sangat.



Dan waktu aku decide tak mau beli apa-apa buku, terdengar ada dua orang mamat tengah syok bersembang.

"Buku Terfaktab tu best la, kau tak nak beli ke?". Mamat Nombor 1 berkata.
"Duit aku tak cukup la, baucer buku pon dah guna." Mamat Nombor 2 jawab.

Aku pernah dengar nama Terfaktab. Tapi ingat-ingat lupa. Rasanya pernah terjumpa bila google secara rambang. Aku pun pegi usha. Dewan sebelah je. Nasib baik tingkat bawah je. Kaki dah lenguh dah berjalan.

Lama aku kat situ nak cari mana satu buku nak beli. Rasanya gaya penulisan buku mereka jenis ala-ala indie dan sedikit lari dari gaya penulisan mainstream.

Sejam lepak kat situ akhirnya aku pilih dua buah buku. Permata Yang Hilang Kini Dijumpai dan Kamar Sutera karangan Hamka Kereta Mayat. Hamka ni penulis blog. Aku rasa pernah terbaca blog dia. Tapi dua buku tu rege dia rm50. Disebabkan kalau beli 3 buku cuma rm50 maka aku tanya awek yang jaga booth tu mana buku yang best. Dia kasik aku buku Kechai karangan Amirul Bozu. Sape Amirul Bozu? Ntah, aku pon baru first time dengar.Haha.

gambar ni ambik kat umah

Ok. Buku Permata Yang Hilang Kini Dijumpai secara asasnya tiada kaitan dengan buku Permata Yang Hilang, manakala Kamar Sutera juga tiada kaitan langsung dengan buku Kamasutra.

Sebelum balik snap gambar barang sekeping dua.



dan-dan pakcik makcik ni nampak aku nak amik gmbr terus bersembang kat depan tu.




Buku dah dapat. Kaki lenguh dah dapat. Tapi tak ingat mintak nombor fon awek booth Terfaktab tadi. Comeyyy.

P/S: Memetik status facebook seorang rakan, apabila kita membeli buku, kita ada dua kemungkinan iaitu sama ada kita akan baca buku atau tak baca buku. tapi kalau kita tak beli buku, kita cuma ada satu kemungkinan sahaja, iaitu kita tak akan baca buku.


Yang mencari dan masih mencari,
Starlight - Muse






Friday, 25 April 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 di PWTC



Orang ramai dijemput hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Biasalah pesta buku camni banyak promosi atau diskaun untuk buku-buku terpilih. Pelajar yang ada Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pon boleh guna kat sini.

Event:    Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Tarikh:   24 April - 4 Mei 2014
Masa :   10.00 pagi - 7.00 malam (Isnin - Khamis)
             10.00 pagi - 9.00 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Jom ramai-ramai poie Pesta Buku eh. Amalan mombaco amalan mulio. Yang ado anak kocik bawak anak kocik bolikan diorang buku kasi baco dari kocik. Adik kakok hok tok nikoh lagi buleh ajok gewe boipren gelpren saing-saing gi beli buku.


Untuk info lanjut boleh rujuk Facebook PBAKL2014.


Yang suka membaca,
Aku Pelat - Salammusik feat. ZionDread



Thursday, 6 March 2014

Derma Darah Buat Pertama Kalinya

Semalam tengah godek2 Facebook tetiba tertengok pasal kempen derma darah. Jujur aku tak pernah derma darah. Dulu memang takbleh nak derma sebab aku kurus. Berat tak cukup. Tahun lepas pun masih tak derma darah walaupun berat dah lebih dari cukup. Tertengok ada satu tempat ni dekat ngan rumah aku. 

Maka pergilah aku kat tempat tu. Ingatkan open untuk public tapi rupanya dorang buat untuk staff kompeni je. Company diorang buat dengan kerjasama Pusat |Darah Negara (PDN). Elok je aku nak balik person incharge untuk derma darah ni kata boleh je aku nak join. Haha. Tak salah kan. Bukannya aku nak pegi mencuri.

Untuk first timer cam aku, the real problem sebenarnya nervous je kot. Aku bukan tak pernah kena cucuk jarum. Masa kena denggi dulu dalam sehari tu hospital akan ambik darah dalam 2-3 kali (tak ingat bilangan tepat) sebab dorang nak check kandungan platlet dalam darah. Tapi mungkin masa tu terpaksa. haha. Tengah demam kan.

Siap isi borang semua. Masa cucuk jari nak ambik darah untuk check jenis darah langsung tak rasa sakit. Lorhhh....aku ingatkan sakit. Fine. Jenis darah A. Kendian check blood pressure. Aiseh, doktor lawa pulak dah. Maka tinggilah bacaan BP aku. Kehkehkeh. Pagi ni aku pi joging maybe sebab tu kot bacaan tak berapa normal. Doktor kasik lepas walaupon aku ade cakap kalau takleh derma takpelah. Dia suruh duduk kejap pastu boleh proceed.

Masa duduk atas katil aku nerves balik. Jantung berdegup kencang. Kaki dah geletor abis. Staff PDN cucuk bius guna jarum kecik dulu. Jarum yang guna nak ambik darah besor sket. Rasa sakit skettt je. Ilang nerves aku. Aku pandang doktor di meja seberang sana. Dia senyum. Aku senyum.

"Doktor dah kawen belom? Jom kawen ngan saya, nak tak?"

Aku bermonolog sendirian menunggu darah 450 mL siap diderma.Haha.

Sayang sekali aku pegi sorang diri. Tiada teman yang menemani untuk mengambil gambar diri ini. Sayang pulak aku bukan kaki selfie. Takpelah, buku merah dan sijil dibawa pulang sebagai bukti.



Tercapai satu lagi impian aku tahun ni. Ada banyak lagi  nak dibuat. Yang ni kecik je kot. 

Sesaper nak derma darah atau nak anjur kempen derma darah boleh rujuk Pusat Darah Negara atau facebook PDN. Adios.



6 Mac 2014
Gotham City
Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara - Mega



Wednesday, 26 February 2014

Temuduga Terbuka Sapura Kencana Petroleum

Memandangkan aku sekarang berada dalam mood mencari kerja, maka terjumpalah beberapa iklan kerja yang mungkin berguna untuk orang lain. Semoga beroleh manfaat. Insya - Allah.

Ada satu ni iklan temuduga terbuka Sapura Kencana Petroleum yang akan diadakan di ILP Pasir Gudang.

Jawatan: Pipe Fitter, Structure Fitter, Foreman, Supervisor, Structure Welder, Semi Skill, Grinder, Helper, Rigger.
Tarikh: 26 Februari hingga 2 Mac 2014.
Masa: Sesi 1: 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
            Sesi 2: 2.30 petang hingga 5.00 petang.
Tempat: Institut Latihan Perindustrian, Pasir Gudang.
(Sila bawa sijil akademik/sijil kemahiran - asal dan salinan).

Semua jawatan akan ditempatkan di Lumut. Lain-lain maklumat sila rujuk gambar di bawah.





Thursday, 2 January 2014

2014






It's still not too late to welcome the new year of 2014. Let's the 2013 year became our past to be remembered. All the memories of the past will make us stronger and move forward to create a better future in our life.
 
People start to make New Year’s resolution to accomplish before next year. Some of us try to lose weight, quit smoking (I'm not), spend more time with family, get a better job etc. Whatever you want to do, be sure it is achievable. Please don't hope for something that impossible to achieve.

For me, I want to have a good career development, travel around the world (of course with small budget) and pursue to assimilate with my artistic hobby.

And I'm still here.

Happy New Year. 2014.

Another 365 days InsyaAllah. 


2nd January 2014
10.20 am
KLCC
Di Penjara Janji - Awie