Setiap tahun, kita berpeluang menyemak arah kiblat berdasarkan bayang matahari iaitu pada tarikh berikut:
28 Mei (5.16 petang) & 16 Julai (5.28 petang) - tahun biasa
27 Mei (5.16 petang) & 15 Julai (5.28 petang) - tahun lompat
Tahun 2014 tergolong dalam tahun biasa.
Maka pada petang 28 Mei 2014 (esok) nanti, tepat jam 5.16 petang, matahari akan berada amat-amat hampir tegak di atas bangunan Kaabah, di Masjidil Haram, Mekah.
Apabila sesuatu benda tepat berada di atas sesuatu benda lain yang kita tak nampak, kita boleh gunakan benda tandaan tadi sebagai panduan untuk mencari benda yang tak nampak itu tadi.
Samalah kes-nya pada 28hb ini, disebabkan Kaabah itu sendiri, secara fizikalnya tidak dapat dilihat dengan mata dari Malaysia, nak guna kompas pun tak pandai nak cari azimuth “290 darjah”, atau was-was terhadap sejauh mana betul dan tepatnya kompas itu, maka kita gunalah satu-satunya objek di langit yang mana kita boleh gunakan dengan mudah sebagai rujukan dan panduan arah, iaitu matahari.
Apabila kita lihat apa yang berlaku pada 5.16pm waktu Malaysia, pada tanggal 28 Mei 2014 nanti, di lokasi Mekah, pada saat itu matahari berada sangat-sangat hampir tegak diatas bangunan Kaabah.
Maka, kita ni yang berada di kawasan dan negara lain secara tidak langsung berpeluang menggunakan matahari pada waktu tersebut, untuk mencari arah Kabaah, iaitu arah kiblat kita.
Cara ini amat efektif dan InsyaAllah tiada ralat, kerana kedudukan matahari di langit itu (yang berperanan seperti jarum kompas) tidak akan di pesong oleh gangguan-gangguan seperti besi, yang mana ia boleh menyebabkan jarum kompas magnetik kita ini terpesong jauh dari arah sebenar.
Kita juga tidak perlu tercari-cari nilai 292 darjah (kalau di KL), kerana menerusi kaedah ini kita bukannya menggunakan kompas, tetapi menggunakan kedudukan matahari secara terus.
Cara yang paling mudah untuk mencari arah kiblat pada waktu tersebut ialah:
- Pacakkan kayu atau tiang, atau tepi dinding bangunan yang tegak tepat 90 darjah
- Pada jam 5.16 am 28 Mei 2014 nanti, perhatikan bayang-bayang yang terhasil oleh objek tadi.
- Lukiskan garisan selari dengan bayang-bayang tadi. Arah Kiblat kita akan berada pada arah matahari.
Fenomena ini ada baiknya kerana melatih orang awam untuk berjinak-jinak dengan objek-objek di langit dan tahu kebaikan dan peranan objek tersebut dalam proses ibadah kita setiap hari.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal."
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.” - (Surah Ali Imran : 190 - 191)
Sumber - FalakOnline
ReplyDeleteشركة المثاليه لتنظيف بالقطيف