Semalam merupakan hari terakhir bagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bertempat di PWTC. Biasa kalau hari last ni banyak benda boleh tengok, diskaun, persembahan, awek cun ataupun kedai buat jualan murah nak abiskan stok. Yang konfem hari last mesti ramai orang. Hujung minggu kan.
Maka aku pun pergi la jugak dengan beberapa tujuan:
1. Nak cari buku baru Ramlee Awang Murshid.
2. Hujung minggu tak tau nak buat apa.
3. Nak cuci spek mata.
Hajat aku nak beli buku Sunan Musafir, Magis dan Nanggroe Sang Kembara. Sekaligus lah. Bajet 50 hinggit je. Lepas Zohor terus pegi, naik LRT.
Sampai je tu dia baq hang. Ramai punya olang mali. Dekat stage ada program ape ntah. Rasanya penaja punya program.
boring bebenor pakcik sume letak tangan atas kapla |
Pastu aku pegi masuk dewan pameran buku Karangkraf kat Dewan Tun Dr Ismail. Cari buku RAM. Ada buku Sunan - Nanggroe Sang Kembara je. Magis dan Sunan Musafir dah abis rasanya. Hok aloh. Takkan nak langkah bendol pulak. Kena ikut turutan baru best baca. Tak jadi beli lah camni. Buku lain ada tapi aku dah baca. Ranggau, Tombiruo, Adam semua ada.
Aku pegi pusing sume tingkat. Kat tingkat atas tak ramai sangat orang. Yang paling sesak tingkat bawah kot. Kalau tingkat atas tu dah ada kedai yang tengah kemas-kemas barang nak balik, mungkin buku dorang tak dapat sambutan sangat.
Dan waktu aku decide tak mau beli apa-apa buku, terdengar ada dua orang mamat tengah syok bersembang.
"Buku Terfaktab tu best la, kau tak nak beli ke?". Mamat Nombor 1 berkata.
"Duit aku tak cukup la, baucer buku pon dah guna." Mamat Nombor 2 jawab.
Aku pernah dengar nama Terfaktab. Tapi ingat-ingat lupa. Rasanya pernah terjumpa bila google secara rambang. Aku pun pegi usha. Dewan sebelah je. Nasib baik tingkat bawah je. Kaki dah lenguh dah berjalan.
Lama aku kat situ nak cari mana satu buku nak beli. Rasanya gaya penulisan buku mereka jenis ala-ala indie dan sedikit lari dari gaya penulisan mainstream.
Sejam lepak kat situ akhirnya aku pilih dua buah buku. Permata Yang Hilang Kini Dijumpai dan Kamar Sutera karangan Hamka Kereta Mayat. Hamka ni penulis blog. Aku rasa pernah terbaca blog dia. Tapi dua buku tu rege dia rm50. Disebabkan kalau beli 3 buku cuma rm50 maka aku tanya awek yang jaga booth tu mana buku yang best. Dia kasik aku buku Kechai karangan Amirul Bozu. Sape Amirul Bozu? Ntah, aku pon baru first time dengar.Haha.
gambar ni ambik kat umah |
Ok. Buku Permata Yang Hilang Kini Dijumpai secara asasnya tiada kaitan dengan buku Permata Yang Hilang, manakala Kamar Sutera juga tiada kaitan langsung dengan buku Kamasutra.
Sebelum balik snap gambar barang sekeping dua.
dan-dan pakcik makcik ni nampak aku nak amik gmbr terus bersembang kat depan tu. |
Buku dah dapat. Kaki lenguh dah dapat. Tapi tak ingat mintak nombor fon awek booth Terfaktab tadi. Comeyyy.
P/S: Memetik status facebook seorang rakan, apabila kita membeli buku, kita ada dua kemungkinan iaitu sama ada kita akan baca buku atau tak baca buku. tapi kalau kita tak beli buku, kita cuma ada satu kemungkinan sahaja, iaitu kita tak akan baca buku.
Yang mencari dan masih mencari,
Starlight - Muse
Oh buku apa yang best dari Ramli Awang Murshid? Baru-baru ni ada juga pergi pesta buku, anjuran MPH dan sempatlah bergambar dengan Ramli Awang Murshid, walhal tak kenal pun siapa waktu tu :(
ReplyDeleterasanya semua buku dia best even ade yg sy belom baca.
Deletekalau buku bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari, Sunan Musafir dan Nanggroe sang Kembara, ini buku yang bersambung ceritanya tentang watak utama bernama Laksamana Sunan.
Tombiruo, Semangat hutan, Tombiruo Terakhir pun bersiri. best jugak.
Novel dia yang lain rasanya stand alone.
Harga buku murah tak dari biasa?. Kalau setakat 20%, MPH selalu buat offer jika beli online.
ReplyDeletesecara overall murah lah dari biasa. not sure kalau nak compare dgn mph online sebab masing2 ada pro & kontra. tp utk org yg tak berkesempatan ke pesta buku atau kedai buku, beli secara online mmg satu alternatif yg bagus
DeleteBestnyer dapat pergi pesta buku tu :))
ReplyDelete