Ok case closed.
Yang memerhati,
Cinta Pantai Merdeka - Tropika
![]() |
| perjalanan team WPT ke Flora Damansara |
![]() |
| pemandangan dari tingkat 22 blok E flora damansara |
"Member satu ofis ramai duk Flora Damansara. Al kisahnya ada semua unit rumah sana adalah laluan orang bunian. x pernah ada yg lama menyewa sana, kadar sewa pun murah.
Citanya gini. kat rumah tu, area ruang tamu nya adalah laluan bunian. imagine la, time tgk tv bleh tengok ada orang lalu lalang kat depan, then tembus dinding.
ada sapa2 yg tahu rumah mana satu? aku x tanya plak kawan aku tapi mmg betul2 ada sebab ada geng satu ofis duk situ kejap je, terus pindah lain."
"aku owner salah satu umah kat dsara damai..tp memang betul kalau taman tu yg kau org ckp.. pernah ada member aku citer tgh sdap2 lepak dpn tv dgn kluarga, tiba2 bayangan kubur menjelma pastu ilang fuhyooo takut tu.. memang depa kata kawasan tu tmpt persemadian kaum org asli.. hanya ALLAH SWT yg tahu citer sebenar.. la nie x pastilah apa keadaan pas ramai org duduk situ."
"Selain dari kes hantu n rogol, kakak aku ada citer satu hari tu dia balik keje siangla dlm pukul 3. Masa tu org tak de sangat sbb waktu bekerja.masa dia naik lif nak kuar tu, tetiba ada dlm 5 org budak tgh pegang barang. Nampak sorang pegang tv, set hi fi, laptop n ada beberapa barang elektric lain lagi. Budak2 tu mcm panik n tergopoh2 nak masuk lif tu. Bila kakak aku sampai sebelah umah jiran dia, dia terkejut sebab dengar mcm riuh2 kat umah jiran dia. Dia cuba dengar apa yg berlaku masa nak bukak pintu. Sebab dengar suara pompuan menangis mcm memujuk2.
Tetiba masa akak aku nak melangkah masuk umah je, dia dengar makcik tu jerit minta tolong. Tapi sayup2 je. Kakak aku g la tinjau. Tgk anak bujang makcik tu umur dlm lingkungan belasan tahun tengah pegang pisau / parang mcm main acah2 kat makcik tu. Kononya mcm nak rodok makcik tu la
Kakak aku jadi serba salah n takut gila masa tu sebab kawan2 budak tu kat lift dah start nak meluru kat akak aku. Kakak aku memang serba salah betul time tu. Trus dia masuk umah lock pintu.
Tak lama lepas tu, dengar makcik tu tutup pintu. N suasana sunyi. Lepas beberapa ari kejadian tu kakak aku terserempak ngan makcik tu. Tengok makcik tu kesian sangat.nampak kat tangan dia berbalut. Tapi kakak aku tak dela busy body nak tanya.
Dari apa yg kakak aku tau sikit2, makcik tu janda anak 3. Sume lelaki. N blh dikatakan anak2 dia mcm tak menjadila. Yg sulong je mcm ok2 sket. Tapi anak no 2 dia tu dah parah sebab suspect isap dadah.anak dia yg tula yg cuba nak rodok mak dia tu"
"Korang tau kat mana showroom proton mutiara damansara tak. Kakak aku keje sana kira mcm orang lama kat sana. Masa memula showroom tu bukak dia dah ada. Jadi, dia sikit sebanyak tau kisah2 kat mutiara damansara tu. Apa kisah di sebalik orang asli n tubuhnya mutiara damansara.
Ok, aku nak cite pasal showroom tu. Pada aku agak seram tapi tak taula korang mcm mana plk. Sebabnya aku ni penakut ya hamat.masa memula showroom tu bukak, the curve blom siap lagi. Building kiri kanan depan belakang tu sume blom ada lagi. Ada pun tesco tapi mcm baru sangat2. Ingat2 lupa dah aku. Yg pastinya curve memang blom siap lagila masa tu. Memang agak sunyi area tu lebih lg kalau waktu malam.
Showroom proton tu boleh dikatakan besarla jugak. Dalam tu ada beberapa bilik iaitu bilik admin, bos, staff, n ada beberapa bilik lagi. Satu malam tu, kakak aku kena duty. Jam lebih kurang pukul 10.Yg tinggal hanyala pak guard n budak admin perempuan sorang.masa dia tengah pack2 nak balik tu, dia dengar puntu toilet bertutup. Dia ingat budak admin masuk toilet. Jadi dia pun tunggula kejap sementara budak admin kuar toilet. Masa tu dia memang yakin yg budak admin tu yg masuk toilet sebab clear sangat bunyi pintu toilet tu bertutup. Kakak aku tunggu agak lama kenapa budak admin tak settle lagi dlm toilet.
Utk pengetahuan korang, showroom kalau waktu malam hanya ada satu lampu je terpasang. Itu pun agak samar2. Tapi kalau org kat dlm tu still lagila blh nampak muka orang ke apa.
Masa kakak aku tunggu admin kuar dari toilet tu, dia pun g la masuk toilet tu. Tapi tak de orang. Dia cuba jerit panggil nama budak admin tapi tak menyahut. Lepas tu dia nampak lampu bilik opis admin menyala. Mcm baru nak on. Kakak aku jerit lagi panggil nama budak admin tu. Tapi tak nyahut walau dah berkali2 panggil. Hati kakak aku dah rasa sesuatu. Cuba nak naik ke bilik admin tapi kaki mcm nak tak nak pegi. Hati dah tak sedap. Kakak aku cuba tunggu n panggil lagi. Kesudahanya kakak aku panggil pak guard. Pak guard muka dah semacam. Mcm dah tau apa yg berlaku.
Kakak aku cuba tunggu lagi kot2 budak admin nak main cak2.n takut kalau pape jadi. Tapi pak guard beriya2 suh balik. Siap pesan balik nanti mandi. Baca apa2 yg patut. Kakak aku dah start rasa sesuatu.
Esok bila sampai opis baru tau citer sebenar. Pak guard yg malam tadi tu mc. Dari apa yg kakak aku cerita, budak admin tu dia dah balik 15min awal. Dia ada bitau kakak aku dia nak balik masa tu tapi kakak aku sebab busy deliver keta, jadi dia memang tak dengar langsung. Jadi, citer tu heboh masa lunch hour.
Rupanya, kakak aku kira org yg kira last2 la yg kena. Sebabnya staff2 lain yg dari budak mekanic, budak admin, sales sume penah kena benda yg sama. Benda tu dia mengacau start nak senja2 sampai malam.
Bila sume fikir2 balik, patutla pak guard asek bertukar ganti.ada banyak citer kat showroom proton ni. Nanti nantila aku citer. Citer akan jadi lebih seram kot nanti"