Showing posts with label Piala Thomas. Show all posts
Showing posts with label Piala Thomas. Show all posts

Sunday, 25 May 2014

Jepun Menang Piala Thomas 2014, Malaysia Kempunan Lagi

Jepun muncul juara Piala Thomas apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan sengit yang berlarutan sehingga pemain perseorangan ketiga setiap pasukan. 

Mata pasukan Malaysia dicatat oleh Lee Chong Wei dan pasangan Beregu, Goh V Shem/Tan Wee Kiong. Jepun pula mengutip mata hasil kemenangan beregu Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo, serta perseorangan Kento Momota dan Takuma Ueda.

Kemenangan ini sekaligus mencipta sejarah Jepun untuk memenangi Piala Thomas buat pertama kali dan menyertai negara yang telah memenanginya iaitu China(9 kali), Indonesia (13 kali), Malaysia (5 kali). Ini juga adalah final yang pertama bagi Jepun.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.



Keputusan Penuh

Perseorang Pertama
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago (21-12)(21-16)

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo (21-12)(17-21)(19-21)

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota (15-21)(17-21)

Beregu Kedua
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura (19-21)(21-17)(12-21)    

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Takuma Ueda (12-21)(21-18)(17-21)



Apapun keputusan yang terhasil, yang pasti pemain telah pun berusaha bersungguh-sungguh, malah kemaraan ke final langsung tidak dijangka memandangkan prestasi semasa yang tidak menentu.

Walaupun pasukan Jepun tidak menurunkan Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke sebagai pemain beregu, dan Monkey D. Luffy sebagai perseorangan pertama, mereka masih lagi mampu menewaskan pasukan Malaysia.

Tahniah pasukan Jepun. Tahniah pasukan Malaysia.

RTM Akan Siarkan Perlawanan Akhir Piala Thomas

RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang esok(hari ini) dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail berkata perlawanan final tersebut dapat disiarkan secara langsung selepas stesen televisyen berbayar, Astro, bersetuju memberikan hak siaran kepada RTM. 

Beliau berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery meminta RTM mengadakan rundingan dengan Astro berhubung penyiaran langsung final Piala Thomas 2014.

Astro memegang hak siaran langsung Piala Thomas/Uber 2014. 

"Saya ingin berterima kasih kepada Astro yang telah membantu bagi membolehkan rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan akhir ini secara langsung di RTM," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Thomas selepas 12 tahun dengan menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada separuh akhir semalam. - Bernama

Sumber - SinarHarian

Jadual Final Badminton Piala Thomas 2014 Malaysia vs Jepun

Petang  ni akan berlangsung satu perlawanan penting membabitkan Malaysia iaitu perlawanan akhir Piala Thomas. 

Kali terakhir Malaysia layak ke final ialah pada tahun 2002 di Guangzhou tapi dikalahkan oleh Indonesia dengan keputusan 3-2. Manakala kali terakhir Malaysia menjulang Piala Thomas ialah pada tahun 1992, juga membabitkan perlawanan dengan pasukan Indonesia. Masa tu aku kecik lagi kot. Tadika kot? Masa tu lagu 'Fikirkan Boleh' tengah femes. Sampai sekarang dah jadi macam lagu tema Piala Thomas pulak.


Jepun pula mencatat sejarah memasuki final buat pertama kali dengan menewaskan 'The Great Wall of China'.

Tapi sayyyyangggg...perlawanan ini hanya boleh ditonton di Astro 'Macam-Macam Ada' memandangkan RTM tiada hak penyiaran untuk kejohahan ini. Katanya mamanda menteri sebab kos yang tinggi. Maka rakyat yang tiada Astro terpaksa ke kedai mamak berdekatan untuk menyaksikannya. Atau tunggu saja keputusannya dalam Buletin Utama. Asalnya camtu, tapi dengar kata akan ada siaran di TV1 RTM.

Malaysia vs Jepun
25 Mei 2014
5.30 petang waktu Malaysia

Barisan Kemungkinan

Perseorang Pertama
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota   

Beregu Kedua
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura      

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Takuma Ueda

Semoga berjaya Malaysia. Fikirkan Boleh.


Saturday, 24 May 2014

Malaysia Ke Final Piala Thomas 2014 Bertemu Jepun

Malaysia akhirnya berjaya melangkah dengan bergaya ke final Piala Thomas dengan mengalahkan Indonesia 3-0, pada saat yang mana tidak banyak pihak yang menaruh harapan kepada pasukan Malaysia. 


Jika dilihat hanya Dato Lee Chong Wei yang kelihatan mantap dan konsisten prestasinya sebelum kejohanan. Namun segalanya berubah apabila beregu kedua berjaya menewaskan beregu ranking no. 1 dunia dari Indonesia sekaligus menyuntik semangat "Malaysia Boleh" untuk Chong Wei Feng melengkapkan malam penuh bergaya pasukan Malaysia. Wah, semangat bebenor aku menaip. Keh3.

Bak kate orang Ganu, China dok panda main badminton doh, sebab panda dio ata ke Malaysia doh, sebab tu Malaysia tetiba panda main badminton.


Keputusan penuh:
Dato Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto (21-19)( 21-13)
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (21-19)(8 - 21)(23-21)
Chong Wei Feng vs Dionysius Hayom Rumbaka (21-10)(21-17)

Malaysia akan bertemu pasukan Jepun Ahad ini dalam perlawanan final yang penuh sejarah.

Friday, 23 May 2014

'Tembok Besar China' Akhirnya Tumbang

Berita yang paling mengejutkan aku terima hari ni. Jepun mengalahkan China 3-0 dalam semi final Piala Thomas. Sesuatu yang aku langsung tak jangkakan. Aku lebih mengjangkakan pasukan seperti Malaysia atau Indonesia yang akan menewaskan China sebagai satu kuasa besar dalam arena perbadmintonan. Maka otak aku ligat memikirkan mengapa hal ini boleh terjadi.

pemain Jepun, Kento Momota meraikan Jepun mara ke peringkat akhir Piala Thomas

Mungkinkah pemain China mengalami tekanan perasaan melampau akibat perpindahan dua ekor panda ke Malaysia? Adakah itu penyebabnya?

Atau mungkin juga pemain Jepun menggunakan teknik mata Sharingan yang diwarisi oleh kaum Uchiha? Mungkin juga Musang Sembilan Ekor telah memberikan chakuranya secara senyap-senyap kepada pemain Jepun, lantas menjadikan mereka begitu bertenaga dan tak terlawan dek pemain China?

Ah...persyaitonkan itu semua. Sekarang Malaysia tengah lawan Indonesia. Last tengok tadi Lee Chong Wei tengah baru menang mata pertama untuk Malaysia. Moga Malaysia mampu mara ke final Piala Thomas dan menang sekali lagi.



Yang tengah makan nasik goreng ladna,
We Are The Champion - Queen