Wednesday, 15 January 2014

Jalan - Jalan Cari Laptop (JJCL)

Semalam pergi jenjalan ke Plaza Lowyat. Ya. Akhirnya laptop telah berjaya memenangi hati aku memandangkan ianya akan memenuhi banyak keperluan kalau nak dibandingkan dengan DSLR. Aku cuma nak jadikan DSLR sebagai hobi, walaupun tak dinafikan ianya boleh dijadikan sebagai side income. Tapi itu makan masa la nak gather experience dan juga experiment bagai.

Memula cadangnya nak survey laptop Dell model Inspiron 14 je. Tetapi tetiba ter'survey' model Vostro 5470 pulak. Sama 14 inci cuma tak ada DVD/CD driver. Processor, RAM, hard disk, graphic card semua sama. Yang beza Vostro 5470 ni lebih ringan, bagus la kalau nak pikul laptop nak pegi travel.

Tapi aku tak beli lagi. Dah lama tak ada laptop sendiri ni rasa jakun pulak nak beli yang baru. Dengan windows 7 dan 8 nya. Harga Vostro dan Inspiron cuma beza dalam 100-200 je. Banyak gak.

Kalau Vostro ni pulak ada beza gak kalau beli kat Dell Store(tingkat bawah) ngan lot-lot kedai kat  tingkat 2 atau 3. Dell Store jual sekali ngan pakej Windows 8 ori. Tapi pelik pulak, kalau beli online lagi murah dari beli kat Dell Store. Beza seratus kot.

Yang kat ataih mostly pakai OS pirate. Depend apa yang kita nak la kan. Ada gak yang ori, cuma takut pulak kalau2 kena tipu. Kata ori tapi pirate. puii.

Sambil tu sempat jugak usha Nikon D90. Final price dengan aksesori semua bagai dalam rm2700. Sama je rege ngan KLCC punye kedai. Ok fine. Beli laptop sudah buat masa ni. Henpon Samseng aku pon bukannya takleh amik gambor.

Takpe. Sabtu ni boleh pegi lagi. 



4.45 pm
15 Januari 2014
KL
Lost in Hollywood - System of a Down


5 comments:

  1. Eh qila pun nak beli phone ni hm tolong ah survey kan sekali :p hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nak beli phone baru eh. model ape?

      Delete
  2. mencari2 laptop juga buat masa sekarang.. kalau yg ringan mmg senang nak angkut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah. senang nak bawak kan. kalo tny member2 diorang suggest beli tablet tp x minat sgt tablet. takde feel hehe

      Delete
  3. wah tak lama lg ada org tu beli laptop baru la ye..hehe^^

    ReplyDelete