Monday 19 May 2014

Ibu Emak Amma Ummi Mama

Ingat masa hari ibu 11 Mei lepas nak buat satu entri khas sempena hari ibu, tapi memandangkan ada perselisihan pendapat dari segi hukum menyambutnya, aku kensel. Lagipun sepanjang sejarah aku hidup, memang tak pernah sambut hari ibu secara khusus. Tak sambut hari ibu bukan bermakna tak sayang ibu. Banyak cara lagi untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu. Mendoakan kesejahteraan mereka dunia akhirat, telefon tanya khabar, kalau ada lebih duit gaji hulur ler sket2.

Dalam soal sambutan tu aku rasa dua2 boleh pakai, sebab dua2 ada hujah dan dalil masing2. So sape nak sambut, silakan, sapa takmau, silakan jugak.

Nak cerita sejarah mak aku sket. Dia lahir dalam era selepas penjajahan Jepun. Tarikh tepat tak diketahui. Kalau ikut sumber yang dipercayai, antara tahun 1947-1951. Sumber ni surat akuan sumpah  dan jugak sumber lisan cerita mak ayah aku. Orang dulu-dulu bila anak lahir bukan terus buat surat beranak. Bidan kampung pulak yang sambut. Kadar untuk surat beranak hilang pon tinggi sebab mungkin masa tu tak timbul sangat kesedaran pentingnya surat beranak. Tambah-tambah kalau bukan orang senang dan berpelajaran.

Mak aku ekolah sampai darjah 4. Kawin mungkin dalam usia 15-19 tahun. Walau tak sekolah tinggi, dia tak biarkan anak-anaknya tak berpelajaran, semua antar ke sekolah at least tamat form 5.

Mak aku masa muda lawa (haha puji mak sendiri, sape lagi nak puji kan). Tapi sayyang...masa tu kamera tak murah macam sekarang. Dalam simpanan mak aku yang pernah aku, cuma dua keping gambar dia masa muda yang aku pernah tengok. Satu gambar kad pengenalan dia yang lama, macam kat gambar bawah ni. Tapi aku cuma sempat tengok je la. Bila dah tukar IC baru, IC lama tu dah serah ke pihak JPN. Aku pun masa tu kecik lagi. Kamera pun takde lagi. Scanner? Hmm...masa tu zaman mesin taip lagi.
contoh IC lama mak aku

Satu lagi gmbar ada dalam album kat rumah, gambar pasport hitam putih. Tapi tak elok la nak post kat sini, sebab tak pakai tudung, gambar ala-ala Mahsuri posing gitew.

Gambar-gambar yang lain tu kebanyakannya ada, bila abang sulung aku dapat kerja. Kamera filem lagi masa tu. Dah jadi barang antik dah kot sekarang. 

barang mainan aku masa kecik kalau dah abis guna
Yang baru tak akan ada kalau tanpa yang lama. Begitu jugak kita. Kita takkan ada di dunia tanpa ayah dan mak kita. Tanpa mereka, siapalah kita. Sayangilah mak ayah anda sementara mereka masih ada di dunia.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." - (Al-Israa' - 23)

No comments:

Post a Comment