Sunday 25 May 2014

Jepun Menang Piala Thomas 2014, Malaysia Kempunan Lagi

Jepun muncul juara Piala Thomas apabila menewaskan Malaysia 3-2 dalam perlawanan sengit yang berlarutan sehingga pemain perseorangan ketiga setiap pasukan. 

Mata pasukan Malaysia dicatat oleh Lee Chong Wei dan pasangan Beregu, Goh V Shem/Tan Wee Kiong. Jepun pula mengutip mata hasil kemenangan beregu Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo, serta perseorangan Kento Momota dan Takuma Ueda.

Kemenangan ini sekaligus mencipta sejarah Jepun untuk memenangi Piala Thomas buat pertama kali dan menyertai negara yang telah memenanginya iaitu China(9 kali), Indonesia (13 kali), Malaysia (5 kali). Ini juga adalah final yang pertama bagi Jepun.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.



Keputusan Penuh

Perseorang Pertama
Lee Chong Wei vs Kenichi Tago (21-12)(21-16)

Beregu Pertama
Tan Boon Heong/Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo (21-12)(17-21)(19-21)

Perseorangan Kedua
Chong Wei Feng vs Kento Momota (15-21)(17-21)

Beregu Kedua
Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Keigo Sonoda/Takeshi Kamura (19-21)(21-17)(12-21)    

Perseorangan Ketiga
Liew Daren vs Takuma Ueda (12-21)(21-18)(17-21)



Apapun keputusan yang terhasil, yang pasti pemain telah pun berusaha bersungguh-sungguh, malah kemaraan ke final langsung tidak dijangka memandangkan prestasi semasa yang tidak menentu.

Walaupun pasukan Jepun tidak menurunkan Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke sebagai pemain beregu, dan Monkey D. Luffy sebagai perseorangan pertama, mereka masih lagi mampu menewaskan pasukan Malaysia.

Tahniah pasukan Jepun. Tahniah pasukan Malaysia.

1 comment: