Friday 3 January 2014

Antara Kerusi dan Bolasepak

Abaikan tajuk di atas.

Hari ini nak merapu meraban lam Bahasa Melayu pulak. Nak merapu pakai Inggelish tak berapa reti sangat. Poyo je kadang-kadang terasa di jiwa. haha. Tapi nak kuasai bahasa ahsing ni kena praktis, praktis dan juga praktis. Ok salah satu azam tahun baru jugak nak bermimpi dalam bahasa Inggeris. Kelas kau jah.

"Practice makes perfect they said."

Hari Jumaat pertama dalam tahun 2014. Bagi aku takde bezanya. Yang berbeza ialah hari Jumaat masih lagi dimuliakan sebagai penghulu segala hari. Sayyidul-ayyam. Sunat baca surah al-Kahfi. Nak baca tu boleh. Istiqamahnya yang payah. Nafsu menggedik-gedik je suruh jangan baca. Dengar khutbah tadi tadi pun hampir-hampir terlelap. Adoii.

Semalam godek-godek Facebook Twitter semua kecoh budak tersepit celah kerusi. Siap boleh ada parodi pulak. Silap-silap Maharaja Lawak Mega malam ni pun buat jugak.

"What the fish?"

Zaman aku dulu jarang pulak terdengar benda camni. Sekolah aku la. Sekolah lain tak tau. Mungkin juga masa tu tak ada handfon canggih2 nak amik video. Yang biasa dengar, kencing lam seluar, nak ikut parent balik rumah (budak derjah satu la), lagi member curi pemadam. Kena rotan ngan cikgu garang biasa. Jarang bebenor budak nak report balik rumah. Kalau report kat mak ayah confirm dapat hukuman tambahan dari mak ayah.

Kembali ke tersepit celah kerusi. Banyak persolan yang bermain di minda. Banyak tanda tanya dan juga kata kerja. Adakah kerusi tersebut tidak cukup kadar keergonomikannya. Adakah ini tanda protes anak-anak kecil tentang ketersepitan hidup menjelang masuknya tahun baru? Flash mob? Adakah anak-anak kecil ini membuat bantahan secara halus di atas kekalahan Manchester United di tangan Tottenham di Old Trafford?

Cerita politik? No, no, no. Ini bukan cerita politik. Ini cerita kehidupan. Realiti kehidupan.




  



 
 Yang ni mungkin sebelum tersepit.

 

Realiti kadang-kadang tidak seindah fantasi. Tidak seperti drama TV. Adios. 



3.40 pm
3 Januari 2014
Kuala Lumpur
Wake Up - Arcade Fire

4 comments:

  1. mungkin sebab jakun kut nak masuk sekolah. yang ada pulak tu cikgu ber-posing bergambar dengan budak yang tersepit kat kerusi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jakun mungkin. mungkin dulu2 pun ada terjadi tapi org taktau.

      Delete
  2. masuk boleh, nak keluar menangis. haha

    ReplyDelete
  3. Comel jeh tengok budak2 niiiii tersangkot kat kusi macam tuh...hihihihi..

    ReplyDelete