Friday 18 April 2014

Virus Misteri MERS - CoV di Malaysia

SUSULAN JEMAAH UMRAH MAUT AKIBAT VIRUS MERS - CoV

Batu Pahat: Seramai 64 penduduk Kampung Bintang Laut, dekat sini, dikuarantin di rumah masing-masing sejak kelmarin kerana mempunyai tanda awal Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) susulan kematian seorang penduduk akibat penyakit itu.

Seramai 1,000 lagi penduduk termasuk saudara mara lelaki yang meninggal itu diminta menjalani pemeriksaan di klinik dan hospital berhampiran. 

Jabatan Kesihatan Johor juga sedang mengenal pasti 12 daripada 18 jemaah yang mengerjakan umrah bersama mangsa bagi pemantauan. 

Enam lagi iaitu empat dari Johor Bahru dan dua dari Kluang, sudah menjalani pemeriksaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata dua daripada empat jemaah dari Johor Bahru itu dikesan mengalami tanda awal MERS-CoV dan kini dalam pemerhatian manakala empat lagi disahkan sihat.

Beliau berkata, mereka yang dikuarantin adalah sebahagian daripada 100 penduduk kampung yang menjalani pemeriksaan bagi mengesan jangkitan MERS-CoV. 

“Ini kes pertama di negara ini dan kita mengambil tindakan serius dengan membuka Pusat Pemeriksaan Khas Jangkitan MERS-CoV sejak Isnin lalu bagi mengekang penyakit ini daripada merebak. - Berita Harian hari ni -




Pada September 2012, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan kes jangkitan virus yang dinamakan Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus (MERS - CoV) yang dahulunya dikenali sebagai Novel Coronavirus telah dikesan dari negara-negara di Asia Barat seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia.

Bagi kes-kes yang dikesan di negara-negara Eropah seperti Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom, ini sama ada mempunyai sejarah lawatan ke rantau Asia Barat atau sejarah hubungan dengan pelawat yang mempunyai gejala sejurus pulang dari lawatan di Asia Barat.

Sehingga 9 Julai 2013, WHO telah melaporkan sebanyak 82 kes disahkan mengidap MERS CoV dengan 45 kematian seluruh dunia. Ini menjadikan jangkitan virus ini amat merbahaya dengan kadar kematian yang tinggi, melebihi 50 peratus.

Sebenarnya masih banyak lagi fakta yang belum diketahui atau dikenal pasti mengenai virus ini termasuk punca dan cara jangkitan.

Walau bagaimanapun virus ini mungkin boleh merebak melalui hubungan secara langsung dengan pesakit atau melalui titisan daripada salur pernafasan seorang pesakit kepada orang lain.

Golongan yang dianggap mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan virus MERS-CoV adalah warga emas, mereka yang mengidap penyakit kronik dan mempunyai kurang daya tahan terhadap jangkitan penyakit.

Sehingga sekarang, tiada rawatan khusus atau vaksin untuk mengelak jangkitan MERS-CoV ini. Tanda-tanda jangkitan virus MER-CoV adalah seperti demam dan kesukaran bernafas iaitu tanda-tanda radang paru-paru (pneumonia) yang berlaku secara akut dan serius serta cirit-birit. - sumber Utusan 26 Julai 2013 -

Virus Mers Cov menyerang sistem pernafasan manusia serta turut menyebabkan kegagalan organ. (Gambar kecil : gambaran virus)


Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh dipraktikkan sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan Mers. Ah, tak payah tunggu tanda-tanda, amalkan jer sebagai amalan harian.

1. Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, seperti kerap mencuci tangan, terutama selepas batuk, bersin atau selepas bersalam.

2. Sentiasa membawa penutup hidung dan mulut serta pencuci tangan untuk digunakan ketika perlu.

3. Sentiasa mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik.

4. Mengelakkan daripada mengambil makanan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.

5. Membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu sebelum dimakan.

6. Mengelak minum air tidak terawat.

7. Memakai penutup hidung dan mulut sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan MERS-CoV dan dapatkan rawatan segera. Kalau sakit pegi je jumpa doktor.

Langkah-langkah kat atas ni sebenarnya adalah langkah pencegahan untuk jemaah haji atau umrah yang pergi ke Mekah. Sebab mostly puncanya dari kawasan Timur Tengah. Tapi boleh saja diamalkan kat sini. Tetap relevan.

Bak kata pepatah, "Mencegah lebih baik daripada mengubati". Dah berjangkit dengan Karam Singh Walia dah aku ni. Asyik teringat peribahasa je.


Yang mau sihat,
Dont Panic - Coldplay


1 comment:

  1. Setiap bulan ada sahaja virus baru.Berdoa agar kita dilindungi dari virus tersebut

    ReplyDelete