Thursday, 19 December 2013

Cita - Cita Part 1

Salam. Selamat pagi.

Cita-cita. Impian. Angan-angan.

Berilah apa saja nama. Yang penting, semua orang ada cita-cita. Dari kecil lagi diasuh untuk mempunyai cita-cita. Doktor. Juruterbang. Guru. Polis. Askar. Bila dah ada cita-cita sudah tentu kita berangan-angan. Orang akan cakap jangan berangan sangat, nanti jadi macam Mat Jenin. 

Mat Jenin. Dia tidak salah kerana mempunyai angan-angan. Silap Mat Jenin kerana dia berangan-angan di atas pokok.

Aku juga punya cita-cita. Masa kecil-kecil dulu berangan nak jadi akauntan. Sebab ada abang aku sorang dapat pergi ke oversea sambung belajar dalam bidang perakaunan. Masa tu kalau dapat masuk universiti dah kira hebat yang amat. Kalau dapat pergi ke oversea, dialah mamat yang paling hensem, dialah perempuan yang paling lawa. Habis belajar nanti kira macam orang berebut nak buat menantu. Kebetulan pulak semua adik beradik belajar kat sekolah rendah yang sama. Jadi cikgu-cikgu pun tahulah perkembangan abang aku. Kalau masuk kelas tu kalau dia tak cerita pasal kelebihan belajar kat luar negara tak sah.

Itu masa era belajar sekolah rendah. Tapi penghujung sekolah rendah tu aku dah mula nak belajar solat, belajar ilmu agama secara mendalam. Darjah 6 la kiranya. Pergi sekolah pun dah mula pakai kopiah. Kopiah ni jarang orang pakai. Kalau ada pun pakai songkok. Maka aku pun tukar lagi cita-cita. Nak jadi ustaz pulak. Masa tu tengah semangat kot. Solat dah mula pergi surau. Dah istiqamah baca Quran. Nak-nak pulak masa zaman Anwar Ibrahim kena tangkap. Reformasi. Kadang-kadang beli Harakah.

Darjah 6. UPSR. Ok UPSR aku dapat 5A. Masa tu kalau dapat masuk MRSM atau sekolah asrama penuh masih kira hebat. Aku ada apply jugak kot. Tah. Lupa. Rasanya cikgu yang tolong isikan. Borang kemasukan ke sekolah harian kawalan(kira sekolah hebat gak la) pun isi gak kot. Tapi aku menongkah arus. Aku rasa nak masuk sekolah agama. Kat Kelantan biasa orang panggil sekolah Arab. Pergi Maahad Muhammadi ambil borang. Tapi kira ganas jugak la sebab ada tapisan. Nak masuk kena ambil ujian menulis jawi, baca jawi, baca Quran. Alhamdulillah lulus.

Maka jadilah aku seorang pelajar sekolah Arab. Nama penuh SMU(A) Maahad Muhammadi Lilbanin. Aku ringkaskan MML. Result nak masuk MRSM/sekolah khas tak keluar pun lagi. Hari ni pergi daftar kat MML, petang tu sampai surat tawaran aku dapat masuk Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP). Ini sekolah taraf SMK Ahmad Maher gak ni. Ayah aku tanya nak pegi tak. Serba salah jadinya. Bincang punya bincang aku cakap takpelah aku pegi MML jela. Yuran pun dah bayar. RM80. Mahal dah masa tu. Keluarga aku bukan kaya. Kalau nak pegi ke SMIP kena bayar yuran sekali lagi. Ok fine. Keputusan adalah muktamad.

Dua minggu lepas tu. Jeng je jeng. Masa ni aku rasa sekolah dah mula kot. Sekolah rendah aku panggil. Diorang mintak aku pegi ke Pejabat MARA sebab ada tawaran masuk MRSM. Pulak. Aku still pergi ambil borang tu. Sekali lagi aku tolak nak pergi MRSM. Dan aku dapat tau ada 2-3 orang kawan aku yang dapat 5A pun tolak tawaran nak pergi MRSM/asrama sebab nak masuk sekolah Arab.

Sambung kemudian pulak la. Panjang dah rasa ni. haha.


No comments:

Post a Comment