Thursday 19 December 2013

Cita - Cita Part 3

Sambungan dari sini dan sini.

Part 3

I guess this is the current dream of mine.

Tamat imbas kembali.

Kembali ke masa kini. Cita-cita aku yang terbaru ialah untuk menjadi seorang Safety & Health Officer (SHO) sementelah aku sudah menghadiri kursus untuk menjadi SHO. Cuma peperiksaannya saja yang belum. Apabila dah sampai ke tahap dewasa sebegini cita-cita itu lebih ke arah untuk mencari rezeki. Semua orang ada rezeki masing-masing.

 Dan dalam mengharungi liku-liku kehidupan sejak dari sekolah rendah, menengah, universiti, sehinggalah ke alam realiti pekerjaan, tidak semuanya berjalan seperti yang kita harapkan. Melihat kembali rakan-rakan lama ada yang sudah berjaya, ada yang masih terkial-kial mencari arah (aku mungkin dalam golongan ini). Tidak semestinya berjaya ke universiti itu dikira sudah berjaya. Zaman ini berbeza dengan era 80'an dan 90'an. Kala itu graduan kalau habis belajar di universiti peluang pekerjaannya terbuka luas. Kerana permintaan untuk mendapatkan tenaga kerja tinggi tetapi graduan pada masa itu tidaklah banyak. Berbeza dengan zaman kini. Lambakan graduan disumbang oleh penubuhan universiti, kolej swasta bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Zaman ini, jika anda cuma mempunyai SPM pun boleh berjaya. Malah kalau berniaga nasi lemak pun boleh kaya. 

Anda ada ijazah? Belum tentu dapat pekerjaan. Memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan tahap pendidikan, orang akan mengata choosy. 
Bekerja di bawah tahap pendidikan, pun orang akan mengata. Dulu belajar tinggi-tinggi tapi kerja sama je dengan aku yang setakat SPM je. Baik tak payah masuk universiti, Buat abis duit je.
Tak bekerja? Menganggur? Pun orang akan mengata.
Bila nak buat bisnes, pun orang tetap akan mengata. Masyarakat akan tetap mengkritik.

Dan aku masih mengejar impian yang tak pasti di hadapan. Masih belum berkahwin. Masih tiada seseorang yang boleh bergelar bakal isteri. 

Ada orang cakap, 'kalau nak kaya kenalah kahwin, bukannya tunggu kaya dulu baru nak kahwin'.
Ya. itu aku setuju. Dalam Islam memang rezeki akan terbuka kalau kahwin. Keberkatan perkahwinan itu sendiri serta rezeki anak-anak mungkin. Tapi adakah masyarakat kita jenis yang mengikut syariat Islam iaitu sebaik-baik perempuan ialah yang paling murah maharnya? Jawapannya tidak. Orang kita kalau berkahwin segala-galanya mahu grand. Mahu melebihi orang lain. Kenduri. Hantaran. Sewa itu.Sewa ini. Jurugambar. Jadi berkahwin bagi aku tidak buat masa ini. Nak kahwin kena la cari awek dulu. maksud aku calon isteri. Awek pun takde lagi.haha.

Moga-moga aku berjaya mencapai impian. Rezeki yang halal. Isteri solehah. Berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Tamat cerita cita-cita.

10.31 am
19 Disember 2013
KLCC

No comments:

Post a Comment