Thursday, 19 December 2013

Cita - Cita Part 2

Sambungan dari sini.

Ok. Aku sambung cerita bila dah masuk MML. Masuk je bukan tingkatan satu tapi tingkatan peralihan. Kiranya sebagai persediaan untuk belajar asas-asas bahasa arab dan juga asas ilmu agama. Subjek yang biasa macam bahasa melayu, english, sejarah, geografi, pendidikan islam memang ada. Sama macam sekolah harian lain. Yang berbeza ialah subjek tambahan seperti Tauhid, Feqah, Hadis, Tafsir, Mutalaah dll. Subjek ni adalah mengikut silibus dari Al-Azhar. Fully in Arabic. Ada satu lagi subjek iaitu Tatarakyat. Yang ni dalam bahasa Melayu. Jumlah semua sekali subjek dalam lingkungan 25. Banyak sangat. Kalau tengok jadual timetable tu memang pack sangat, berbeza kot dengan sekolah biasa.

Tingkatan peralihan, 1, 2, 3 aku hadapi macam biasa. Tiada yang istimewa sangat. Oh ya semua pelajar kat sini lelaki ya. Yang perempuan diorang belajar kat Maahad Muhammadi Lilbanat. Lilbanat maksudnya untuk perempuan, Lilbanin untuk lelaki. Cuma tingkatan peralihan aku cuma sempat belajar selama 6 bulan sebab tahun tu ada ujian langkau kelas. Barangsiapa yang lulus mereka boleh terus masuk tingkatan 1 pada tahun yang sama. Ok aku lulus. Cita-cita masa ni masih tak berubah. Masih nak jadi ustaz. Mau belajar sampai Al-Azhar.

Tapi semuanya berubah bila aku dengar kaset ceramah Dr. Jamnul Azhar. Dia ni doktor lepasan Al-Azhar. Dia duk cerita belajar medic kat Azhar kena hapai Al-Quran 30 juz, belajar subjek agama, belajar subjek medic. Dia duk cerita pasai kajian profesor(pensyarah dia la) di Azhar tentang bagaimana hukuman sebat bagi pesalah zina mampu menyembuhkan AIDS. Malangnya kajian tu ditolak oleh UNESCO. Yang lagi hebat profesor di Azhar tu ada PhD dalam bidang Fizik dan juga PhD dalam bidang tafsir. Semangat aku dengar. Maka berubahlah cita-cita aku daripada mahu menjadi seorang ustaz kepada seorang doktor. Belajaq kat Azhar bak hang.

So, lepas PMR aku masuk kelas aliran sains. MML ni sekolah under Yayasan Islam Kelantan (YIK). YIK ni dibawah kerajaan negeri. Kewangan tak sehebat sekolah kerajaan persekutuan. Dalam banyak-banyak sekolah YIK, aliran sains cuma ada di MML dan MMP.

Shortcut terus ke SPM. Seminggu sebelum SPM, aku demam. Demam takbleh bangun. Esok first paper masih demam. Tapi demam aku ada tanda-tanda denggi. Maka pergilah aku ke sebuah hospital kerajaan. Dengan ayah aku. Jumpa doktor. Cerita esok nak SPM. Tanda denggi. Siap tunjuk lagi. Tapi doktor tu cakap bukan denggi sebab tak ada rekod dalam sistem. Langsung tak periksa tubuh badan aku. Oh ya tak silap aku diorang masa tu baru guna sistem maklumat berkomputer. Barangkali doktor baru grad. Atau baru lepas praktikal.

Esok first paper ialah Biologi. Subjek penting untuk menjadi seorang doktor. Langsung tak study. Bukan tak mau study tapi tak berdaya. Hari exam pergi berbekalkan minyak angin Mestika, beg plastik(prepare kalau muntah). Jawab exam kepala atas meja. Gap antara paper orang lain study aku tido. Masa tu ada 3 paper kalau tak silap, semuanya Biologi. Biologi 1,2,3.

Esoknya tade paper aku pergi ke sebuah lagi hospital di Kubang Kerian. Doktor kat situ agak bagus dari segi pemeriksaan. Siap ambik darah lagi untuk dihantar ke makmal. Akhirnya aku berjaya jugak masuk wad. Haha. memang sah denggi. Aku kat dalam wad dalam 3 hari. Paper SPM yang aku amik kat situ - Maths, Add Math dan Bahasa Arab Tinggi. Yang selebihnya buat kat sekolah. Result SPM keluar Biologi dapat 7D. Nice. Thorbaekkk.Haha. Camne nak jadik doktor.

Kemudian masuk matrikulasi kursus sains fizikal Kalau sains fizikal kena jadik engineer la. Habis matrik, aku masuk U ambil kursus Kejuruteraan Kimia. Memang tiada dalam senarai cita-cita aku. Tapi go on aje. Dah abis belajar pun.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment